Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Saturday, October 30, 2004

Sambil aku dok tulih blog ni aku layan lagu Aikawa Nanase yang bertajuk Unlimited.. OST dari anime Samurai 7. Besh lagu nih..

Hari ni hari last aku keje sebagai RA kat U**I nih.. lepas ni tak tau la mana plak kaki ni nak melangkah.. dalam kol 11.30 nanti aku akan berkemas barang aku untuk dibawa pulang..

Lepas dari hari ni, dalam waktu yang sama cam skrg nih, aku bakal melepak kat umah. Tetiba terpikir.. bila dah takde keje ni.. mesti rutin hidup bertukar sket kan? Hehe.. walaupun aku tak suka pada mende yang terlalu rutin.. kerutinan itu pasti tak leh dielakkan.. (hamende aku tulih nih?).. pikiran aku mengimbau balik rutin harian aku semasa aku keje as RA kat sini..

Ni rutin time sblm pose, sbb aku start jadi RA kat U**I sebelum pose.. Sekali lagi.. Ini adalah rutin sbelum pose.. masa pose rutin yang melibatkan makan2 tu dah takde aaar.. :

0600 : Bangun pagi.. terus mandi.. solat.. baca yaasin.. sapan.. bersiap..
0720 : Jemput akak aku ngan anak2 buah ke rumah aku..
0735 : Bertolak dari umah.. pegi keje ngan akak aku..
0745 : Mengetik kad ketik.. (ketik ketik..)
0750 : Masuk opis.. buat keje.. merapu.. buat keje.. merapu.. bla bla bla..
1300 : Lunch.. byk kali termiss.. cause im too deep in my simulation.. cewah..
1400 : Start keje balik.. keje.. merapu.. keje.. merapu.. keje.. bla bla bla..
1630 : Msg akak.. kol bape nak balik?
1635 : Akak aku jwb.. meeting tak abih lagi.. dalam kol 5 to 530 la ye.. (selalunyer mcm ni la..)

Dan sejam selepas tu aku habih kan masa tgk anime, berbincang.net, chat.. sampai la akak aku call.. Edy.. jom balik... Aku pun jawab.. baekkk lah (intonasi Shin Chan..).

1745 : Sampai kat umah.. solat asar.. siap untuk bawak anak2 buah round2..
1800 : Bawak anak buah round2..
1830 : Balik.. trus anto diorang ke umah diorang.. pastu aku balik umah balik..
19++ : Maghrib.. lepak @ baca Qalamullah.. tunggu Isya..
20++ : Solat Isya.
2100 : Gerak pegi opis balik @ pegi Gym (impian utk menyixpaxkan prot..)
21++ : Malam mmg aku khususkan utk buat research aku sendirik..

Kalo boring, aku tak buat pun research aku tuh.. melepak je sambil tgk anime, layan chat, repair blog, bla bla bla bla.. sampai la kol 23++. Time ni dah kene charkaliow (blah) sebab pagar U**I tutup tepat jam 0000..

Untuk satu hari nih.. aku akan fikir camne nak adjust rutin aku kasik lebih menarik sepanjang waktu aku tak dapat keje lagi nih.. tapi yang pastinya.. rutin baru yang bakal dilalui takleh melibatkan pengggunaan duit yang byk.. sebab aku akan bakal kopaks nnt..

Ogenki des.. Zuraidy aka carrotsusu aka laicibuah aka Onjoy akan keluar membawa cabaran M'sia ke peringkat dunia!! (eh.. mende plak nih..) aku akan kuar mencari cabaran baru.. tanpa cabaran hidup takkan bermakna!! Kambate neh!!

carrotsusu at 10:25 AM

Friday, October 29, 2004

Esok merupakan hari last aku keje sbg RA kat U**I nih.. tak tau la kot2 lps ni ada plak lect2 lain yang berminat untuk menarik aku jd RA diorang.. ini juga bermakna esok merupakan hari aku bergelar penganggur semula.. hehehe... incik azmi kata nak buat makan2 utk aku.. tp skrg die cakap takde masa lagi.. so nak buat lepas raya..

Keje lain? Tgh dok mintak la skrg nih.. tapi takde info2 terbaru yang sampai ke telinga aku lagi.. application aku yang byk2 tuh tak tau la apa kabar.. no update on that.. aku malas nak buat follow up byk2 kali.. nyusahkan je.. takpe la.. at least dalam masa aku keje kat sini aku dapat satu pengajaran yang paling berguna.. maksud ayat yang terkandung dalam ayat seribu dinar, memang memberikan kesan yang mendalam pada aku, dan menyebabkan aku dah ada satu persepsi batu dalam menjalani idup aku (posting 10/10 – 16/10).. mmg menarik ayat ni.. dan aku juga berjaya buat blog nih.. new xperience 4 me.. dan aku jugak dapat member2 baru dari kalangan netters.. yang sama minat.. yang sama nasib.. koman2 hari2 yang dilalui bersama korang di alam cyber memeriahkan hari2 aku yang hopeless.. good to know u all.. peace.. lepas ni kalo aku nak online pun kene la pegi cc.. huh.. penat la..

Lagu kat bawah berjaya aku dapat dari member.. setelah menggoglekan diri selama 2 hari.. lagu ni aku berjaya nyanyikan dengan penuh perasaan aritu, masa karaoke reramai kat Plaza Yow Cuan ngan memember KL (muzri aka kakipukul aka e523). Lagu ni mmg kene batang idung aku..

Aku Dan Kenangan . Nyanyian Hattan.

Sunyi dan sepi...
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda

Ku nanti dikau...
Dengan harapan yang penuh kasih
tak ternilai rasa
Akhirnya...Yang aku nantikan tak kunjung tiba...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang...
Menghilangkan diri tanpa pesan..
Ku ditinggal...
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesanKu ditinggal...
Kepada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tersenyum aku...
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal...
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan

Tiada terduga...
Yang ini harus terjadi di malam begini
Mungkinkah... Kitakan bersua lagi...

Ogenki des.. ja neh..

carrotsusu at 10:03 AM

Thursday, October 28, 2004

Lawak la pekeliling nih.. nnt kalo aku ada sykt sendiri, untuk tahun pertama aku akan buat pekeliling di bawah sebagai panduan.. hahaha :)

MEMO KEPADA SEMUA STAFF
Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton (Rim 16) atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda Melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak perkhidmatan anda.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM1.50 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Hehehe.. aku rasa la, kalo aku jd employee sykt ni, aku trus kasik notis 24 jam kat bos.. suruh die berenti.. aku tak sanggup nak berenti sebab skrg ni susah nak cari keje.. hehehe.. lawak btol la..

carrotsusu at 8:33 AM

Wednesday, October 27, 2004

Your Brain Usage Profile:
Auditory : 64%
Visual : 35%
Left : 83%
Right : 16%

Zuraidy, your results indicate a strong left-hemisphere dominance with a mild preference for auditory processing. This blend would suggest that you are an extremely efficient person, logical perhaps to an extreme. You tend to structure your life and learning in very precise ways.

Aku selalu guna otak sebelah kiri rupenye.. hehe.. tanpa disedari..

You benefit from experience, seek the rational in situations and feel most comfortable with routine.

Ada betol ada salah.. yang salahnye aku kurang setuju dengan aktiviti rutin.. aku kurang suka mende2 yang rutin..

You are a detail person. You see each piece of a puzzle or situation with equal clarity and value, and thrive on your ability to fit each piece into a unifying structure.

Detail ke aku? tp member aku cakap aku mmg detail.. hehehe..

Your learning style tends toward the auditory, which suggests that you process inputs sequentially and classify each before moving on to the next. You do, however, possess sufficient visualization skills and interest to supplement the auditory tendency and render you more active than a person who is purely auditory.

Betul kot yang nih.. pasalnye aku kene pandang gak orang yang ngajo.. kalo tak pandang tak paham...

In all likelihood you will be somewhat reserved in appreciating your own talents and understate your abilities even to yourself. You will organize your time and set schedules for yourself and, in that sense, lose sight of spontaneity and other needs - both of yourself and others. Your enviable organization, structure, and efficiency make you a valuable asset to a team effort.

Alamakk.. will I lose sight of spontaneity bila aku terlalu menumpukan pada kerja aku? Aku rasa tak.. kalo masa tu aku sedang buat keje yang memboringkan.. kalo keje tu aku minat.. mmg aku hilang sume.. aku tak pedulik orang dah.. hehehe..

Nak test minda anda.. klik sini.. aku dapat daripada nonie.. tq nonie..

carrotsusu at 8:04 AM

Tuesday, October 26, 2004

Anime baru musim luruh (musim luruh kat jepun laaa..)

Byk gak anime2 baru (baru ke??) yang aku berjaya dload.. antaranya bleach 1-3, school rumble 1-2, yakitake japan 1, sunabouzu 1, gunbuster 1, grenadier 1, dan genkutsuo 1...sumer anime2 di atas aku sajes adik2 seme tgk.. sedikit review..

school rumble - kisah percintaan 3 segi dalam skolah.. cite berunsur lawak gile2 remaja.. yang paling aku tak tahan bila ada 1 scene tetiba ada hachi roku (initial D) kuo.. nak menggambarkan laju nye bebudak tu bawak basikal.. 86 pun kene potong.. hehehe.. gimik tak tahannn...

sunabouzu - cite tembak2 cam trigun, lawak+action+echii sket2.. pasal heroin die berbig boobs.. hehehe, citer kat kawasan padang pasir.. sunabouzu dianggap hantu penyelamat citizen yang lemah..

yakitake japan - kisah budak pembuat roti yang nak mencipta roti yang unik untuk japan.. episod 1 die baru nak menyertai "pantasia" - kedai roti termasyur jepun..

Grenadier - cite tembak2 jugak.. heroin die power menembak.. hero die terer main pedang.. aku pun blur lagi tentang asal usul hero n heroin die.. tapi cite ni mmg besh..

Gunbuster - cite ni pun besh gak.. action+lawak+echii (nampak belah atas..).. kisah sorang budak pompuan dari kampung nak bawak robot untuk lawan2 ngan raksasa.. budak pompuan ni byk kelebihan, tapi baru episod 1.. masih blur ttg power sebenar die.. aksi lawan2 antara robot ngan raksasa die pun besh.. tak kaku cam cite robot biasa (gundam, macros, etc..).. lawan cam citer naruto.. besh..

Genkutsuo - count of monte cristo?? abstrak tol lukisan dalam cite ni.. tak silap aku citer ni dari studio gonzo.. tak dapat tangkap motif citer nih.. tapi nampak cambest..

Bleach - Ni cite soul reaper atau pemusnah hantu jahat dan membawa hantu baik ke soul society.. besh gile..

lps ni tak tau la mana nak cari port untuk dload lagi.. kontrak sudah abis ma.. waaaa... (post ni pernah aku postkan dalam BDN..)

carrotsusu at 1:10 PM

Monday, October 25, 2004

Aku tulih blog ni sambil layan lagu OST FMA bertajuk Mellisa dari kumpulan Porno Grafitti.. besh woo lagu nih.. walaupun aku tak paham liriknyer.. tapi aku suka muziknya..

Poser.. hermmm.. takat 10-11 hari pose ni, alhamdulillah aku tak pernah kantoi lagi.. terawih pun jalan cam biasa.. alhamdulillah..

Berbuka.. cam biasa la.. untuk keluarga yang haru biru cam aku ni.. abah aku bukak pose kat depan, aku ngan mak aku bukak pose kat dapor 2 orang (ni pun dah 6 hari mak aku tak poser.. uzur.. aku bukak sorang2 kat dapur selama 6 hari..), akak aku pun cam biasa, bukak poser ngan anak2 die kat umah die.. mmg kalut kalo ada budak comei 2 orang tuh.. tak sempat nak makan pun kalo ada diorang.. kalo nak makan time diorang ada.. tgn kanan suap nasi, tgn kiri pegang rotan.. baru leh makan.. hehehe :p

Sapa kata bukak pose kat rumah best? Bagi aku sama je kat mana2 pun.. Cuma kalo nak besh sket kalo buleh bukak pose ngan memember.. hehh.. mmg happening kalo bukak pose ngan geng2 PALAP dulu.. tahun lepas aku selalu bukak pose ngan arip kat masjid.. (time awal2 pose la..), nak sip bajet katanye.. hehehe.. sampai kat tgh2.. ish.. takleh jadi.. pasar ramadhan terlalu menggamit kitorang untuk pergi nak melabo duit kat situ.. so start dari berapa haribulan tah.. kitorang bukak pose kat umah arip.. selalunya berdua.. kadang2 tengku join..

Malas nak ingat situasi bukak pose ngan dia , kalo dok ingat nyakit kan hati.. dah la hati ni mmg kosong kat sini.. sume sorang2.. buka sorang2.. terawih sorang.. gi opis memalam sorang2.. isap rokok sorang.. layan lagu sorang2.. repair tesis sorang2.. kalo dulu aku ada gak editor untuk setiap pembaharuan tesis aku.. skrg dah takde.. orang tu dah letak jawatan.. notis 24 jam.. eh, bukan.. notis tiba-tiba..

Sedih tu mmg sedih la.. tapi skrg ni macam dah lali dah.. sedih ni dah lali dalam hidup aku.. aku tak nak sedih2 nih.. tapi ada orang suka tgk aku sedih.. dan orang yang suka tgk aku sedih tu mampu buat aku sedih gegile.. dan die dah pun buat aku sedih gegile.. apa lagi yang mampu aku katakan.. Cuma alhamdulillah.. setakat pose ni.. takde lagi ayor mata yang tumpah dari sebab kesedihan.. sebak je..

Air mata aku sudah kering??

carrotsusu at 3:44 PM

Saturday, October 23, 2004

Copy n paste dari email..
Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF-VIRUS PENYAKIT AIDS.


Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... sekali lagi.. SEKIRANYA ANDA BELUM MEMBACANYA.. Sekiranya anda sudah membacanya.. artikel ni mungkin dah jadi URBAN LEGEND untuk anda.. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen. Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :


1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.



2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur kemudiannya didapati HIV positif.



3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati....



4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini kepada orang lain, especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja...


Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM

Orang kat dunia dah semakin gile.. hilang pedoman bila dapat penyakit atas kesilapan diri sendiri, dan ingin orang lain merasakan apa yang diorang rasa, lantas menyebabkan orang yang tak berdosa menjadi mangsa.. berhati-hatilah..

carrotsusu at 11:09 AM

Friday, October 22, 2004

Hari ni posting aku berkisar tentang cemana nak mengira BMI (Body Mass Index). BMI ini penting untuk kita mengatahui samada ketinggian kita ni seimbang atau tidak dengan berat badan kita. Output terakhir ialah satu fact yang mengatakan kita ni adalah terlalu kurus (BMI kurang 19), normal (BMI dari 19-24), kita mempunyai berat badan yang ideal (BMI = 22), overweight (BMI dari 25-29), obesity peringkat 1 (BMI dari 30-34), dan obesity peringkat 2 (BMI dari 35-40). Rumus pengiraan :-

BMI = Berat semasa (kg) / Tinggi (m)2

Contoh : Berat aku sekarang = 71 kg dengan ketinggian 170 cm (1.7 m). So, pengiraan yang terlibat untuk pengukuran BMI ialah 71 / (1.7 x 1.7) = 24. Berat ideal untuk ketinggian aku adalah pada tahap BMI = 22 yang memerlukan berat aku sebanyak 63.58 kg sahaja. Tapi dengan berat aku skrg aku masih belum sampai ke tahap overweight, tahap overweight ialah pada tahap BMI = 25. Jadinye untuk mencapai tahap berat ideal aku.. aku kena kurang kan lagi berat badan sebanyak 7.42 kg lagi.. kambate neh..

Macam mana nak cari berat badan ideal? Ideal BMI untuk semua orang adalah pada BMI = 22. Itu fact yang kita perlu tau. Jadi berat badan ideal aku ialah :

22 x 1.7 x 1.7 = 63.58 kg

So skrg ni berat badan aku dah lari lebih kurang 7-8 kg kan.. apa yang patut aku buat? Aku kene merancang pengambilan kalori untuk setiap hari. Macam mana nak merancang? Rumusnye adalah seperti dibawah :

Keperluan kalori harian = berat badan ideal x keperluan tenaga

Keperluan tenaga boleh dilihat dalam jadual dibawah :-



Contohnya : (aku lagi nak kene jadi contoh.. hish..)

Berat ideal = 63.58 kg
Status semasa = normal
Life style = Moderate activity

Jadinya jumlah kalori yang sepatut nya diambil untuk hari2 berikutnya adalah :

63.58 x 35 = 2225.3 kcal / day..

2225.3
nih kalo ditranslate dalam bentuk makanan cemana ha? Ish kene cari rujukan lagi nih.. hehe.. kepada sesiapa yang sampai tahap obesity, takyah la nak trus kejar berat badan ideal, turun kan sket2.. kang dok nak kurus sgt kene aneroxia nervosa plak.. ok le.. aku nak cari rujukan2 lain nih.. ja neh.. :p

carrotsusu at 11:07 AM

Thursday, October 21, 2004

Selang 4-5 hari lepas, ada budak pompuan datang opis jumpa incik azmi.. panggei die NN je la.. die datang story masalah die kat incik Azmi. Die student tahun akhir.. patut die konvo taun lepas, tapi tak konvo2 lagi sampai skrg sebab 1 subjek ni.. subjek yang mana diorang kene buat satu research.. apa2 research.. sebagai pendedahan untuk mereka (degree student) macam mana untuk buat research..

Masalah die ni bermula bila kene tuka s/visor.. bile kene tuka s/visor, kene la tuka tajuk skali.. sebab tajuk kene ikut interest s/visor tu.. die dah buat sampai abih dah research die untuk s/visor baru ni.. tup2 s/visor die rejek atas alasan yang agak kurang munasabah dan suh die buat tajuk baru dengan s/visor baru (sbb lect ni nak g sambung belajo..), time die cite sampai sini mata die dah start berair dah.. pastu uwaaaaaa.. nangis la plak.. incik Azmi ngan aku apa lagi.. menggelabah la.. aduss.. cemana nak handle nih.. aku paling tak tahan sekali bila tgk pempuan nangis.. mesti nak peluk nyer.. eh.. silap.. mesti nak pujuk nyer.. hehehehe :p

Aku dengar je la die story masalah die kat incik Azmi, rasa nak tergelak pun ada.. hehehe.. bukan pasal apa.. pasal rupanya ada gak orang yang senasib ngan aku.. aku hingat aku je yang selalu bernasib malang dalam research nih.. aku telah bertukar ganti s/visor sebanyak 3 kali, tukar tajuk (bukan dlm domain sama.. dalam domain berbeza) sebanyak 3 kali, dalam domain yang sama plak.. entah la.. lupa lak aku bape kali.. tapi banyakkk kali la.., setelah siap (siap ni terma bagi aku je la.. tidak bagi s/visor aku..) draf yang aku buat sehingga skrg ni dah draf yang keempat dah.. hehehe.. ni pun bagai nak gile dah aku buat nih.. cukup akhir tahun ni.. maka cukup la 3 tahun aku buat master.. orang lain sume buat 2 tahun, aku buat 3 tahun.. hehehe.. memember2 sume yang trus keje lepas degree dah ada yang berpangkat manager.. aku ttp mengejar impian aku.. nak pakai jubah dua calit (master) masa konvo nnt.. mampu kah aku? Aku tau aku mampu.. saja je buat soalan retorik..

Tapi sekiranya aku mendapat keputusan yang tak diharapkan masa viva (sessi mempertahankan tesis) nanti (mintak simpang la..), aku takkan rasa menyesal la kot.. sebab, aku rasa byk yang aku dapat belajo dalam 3 tahun aku buat master ni.. byk pengalaman yang mungkin aku tak dapat sekiranya aku terus menceburkan diri ke alam pekerjaan.. skrg ni aku dah tau pasal research.. pasal streaming multimedia.. pasal network.. pasal Stella.. ns2.. awek.. perangai memember.. blablabla.. dari segi knowledge, aku mmg puas hati.. Cuma dari segi praktikaliti dalam realiti pekerjaan sebenar.. aku kureng pengalaman sket.. pastu dari segi kematangan.. aku agak kurang sket la daripada orang yang bekerja lama nih.. diorang walaupun lebih muda daripada aku.. tapi nampak cam kematangan tu lebih.. pasal byk handle masalah sana sini kot.. kan ke masalah tu mematangkan? Hehe.. retinya aku selama ni kurang masalah la ye.. tepuk dada sakit dada la.. eh.. tepuk dada tanya diri sendiri la.. ngape kene tepuk dada ha? Ngos betol.. ehehehe..

Ok la.. malam ni nak kene datang opis lagi.. kene tolong budak tu buat keje.. walaupun dah out of scope keje sebenar aku.. takpe lah.. aku try tolong seikhlas mungkin.. sebagai balasan budi baik incik Azmi pada aku.. ja neh.. ogenki des (jaga diri ye..).. ehehehe..

carrotsusu at 1:27 PM

Wednesday, October 20, 2004

Hari ni aku layan lagu incik Broery ni 28 kali.. tak bosan2.. hehe.. layan lagu sambil tolong incik Azmi rait paper exam final - objektif - pengenalan biologi 2.. setakat ni yang aku rait ada la 2 orang dapat fullmark.. yang agak2 fail pun ramai.. sian diorang.. soalan susah kot.. kalo nak layan lagu incik Broery ni better dengo yang incik Broery nyanyi sendiri.. baru feel.. kalo dengo yang Zahid AF2 nyanyi.. macam agak kurang la feel die.. orait.. lirik kat bawah aku taip sendiri.. yang ada (?) tu aku pasti mende yang incik broery dok sebut.. kalo korang tau sound aku la yek.. onegai...

Biarkan bulan bicara

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
Bintang redup tanpa cahaya (gemintang?)
Langkah tanpa arah sesat dijalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa
Ingin pulang membalut luka hati mu
Kupun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh disudut bibirmu
Tak terlintas dendam dibening (mata indahmu?)
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingimu..

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan tunggu lagi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini..

Ingin pulang membalut luka hati mu
Ku pun tahu betapa pedih batin mu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh disudut bibirmu
Tak terlintas dendam dibening (mata indahku?)
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingimu..

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan kuulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Oooh biarlah.. uuuhh.. biarlah..
Takkan kuulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai disini...

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan kuulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai.... di sini...

Cukup derita menaip sampai di sini.. ja neh.. ngantuk dah aku..

carrotsusu at 10:36 PM

Tuesday, October 19, 2004

Ni aku dapat kat Go-quiz.. acronym untuk nama kita.. poyo je kan nama aku.. hehe, sapa2 yang bebetul mengenali aku.. nilai la sendiri..




ZZany
UUnforgettable
RRealistic
AAmazing
IInfluential
DDelightful
YYummy

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

Selain dari tu arini aku dapat beberapa love quote daripada Natalic0us. Menarik gak aku baca.. sedikit sebanyak mambantu menambah keyakinan aku.. aku tak mintak kebenaran pun dari Natalic0us ni.. selamba je amik.. hehehe.. padan muka die..

"Sometimes we tend to be in despair when the person we love leaves us, but the truth is, it's not our loss, but theirs, for they left the only person who wouldn't give up on them."

"Love comes to those who still hope although they've been disappointed, to those who still believe although they've been betrayed, to those who still love although they've been hurt before."


"If you never get your heart broken, you'll never learn to love."

"You will know that you love someone when you want him/her to be happy. Even if that means you're not a part of their happiness."


"Love is short, but forgetting is long."


"Don't waste your time loving someone who isn't willing to love you."


"A women has got to love a bad man once or twice in her life, to be thankful for a good one."

So.. setakat ni je lah.. pd natalicous.. sorry ma.. amik tak mintak kebenaran pun.. pada2 sapa yang terasa baca post aku kali ini, mintak maap bebanyak.. ja neh.. bos aku dah jeling2 line internet dah ha.. nak pakai la tu.. hehehe.. sian die.. amik la incik.. saya nak sambung repair tesis.. hehehe :p


carrotsusu at 11:43 AM

Monday, October 18, 2004

Hari ni mcm rasa bosan je.. walaupun baru dapat gaji. Gaji ciput je.. masuk je duit dalam akaun, terus keluar.. takleh nak menyimpan lagi aku bulan nih. Hari ni aku bayo duit kete, duit tpon line lama, dan beli barang2 keperluan sket.

Petang tadi akak aku ajak berjalan.. (cam tau je aku br gaji..), hari ni dalam sejarah, aku berjaya belikan kain untuk buat baju raya untuk mak aku yang berharga RM69.90, dan aku juga berjaya membelikan abah aku sehelai baju melayu yang berharga RM35.00. Sepanjang hidup aku ni la aku beli baju untuk diorang.. tu pun g beli ngan akak aku. Kalo bawak diorang sekali mmg diorang tanak ahh.. orang tua.. cambiasa la.. kalo buleh tanak kaco duit anak diorang yang baru nak hidup nih..

Hari ni aku menyiapkan lebih kurang 40 sampul untuk dihantar ke peraduan Choclairs duit raya.. RM60,000 tu hadiah.. kalo nak join kene beli cekelat choclairs ni lah.. link untuk info dia di sini.. join jangan tak join..

Ok lah.. rasa cam tak berapa semangat la nak tulih blog.. pasal i’m on the mood nak repair thesis lagi nih.. ja neh..

carrotsusu at 10:11 PM

Friday, October 15, 2004

My japanese name is Fujiwara (wisteria fields) Chiaki (very fine in autumn).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator.

Entahlah.. cuba la korang try.. aku amik dari winterwish-kun.. retinye nama aku kalo aku gi jepun bertukar menjadi Fujiwara Chiaki (cam kawaii je nama ni kan.. :p).. nasib baik bukan Fujiwara Takumi.. kalo idak dah jd hero Initial D versi Melayu la aku.. hehehehe :p

opss.. silap la beb.. tu nama aku kalo aku ni sorang pompuan.. kalo aku sorang lelaki, nama aku adalah seperti berikut..

My japanese name is Fujiwara (wisteria fields) Taiki (large radiance).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator.

Yang bermaksud -- cahaya yang bersinar-sinar di ladang tumbuhan menjalar -- eceh.. :p, yang ni baru nampak macho sket.. nama sblm ni patut la nampak cam kawaii jek.. mmg nama pompuan.. hehehe :)


carrotsusu at 10:05 AM

Thursday, October 14, 2004

Hari ni alhamdulillah.. aku dah bleh start balik thesis aku.. rasa cam lega sket la.. tp macam nak kene call supervisor untuk pandangan.. sibuk ke En. Suki skrg ha? tak pasti lak aku.. harap2 dia boleh dengar penjelasan aku ngape research aku tergantung dalam 2-3 bulan nih..

Planner aku pun dah start bertulih balik.. alhamdulillah.. dulu mmg aku akan tulih xtvt apa yang aku nak buat 1 hari dalam planner.. bile dah start keje nak menulih pun tak sempat.. sibuk menaip je..

Beach boys.. ni bukan anime.. tp citer jepun la.. (sejak bile la aku jd die hard fan citer jepun nih..).. tp mmg citer die mmg besh.. tak rugi la aku pinjam dari Muzri (kakipukul).. Citer die basically ttg perjuangan untuk mencapai impian.. hero dalam citer ni Sakurai Hirumi (Takashi Sorimachi) ngan Suzuki (ntah apa nama betol die tak tau plak aku..).. duorang ni latarbelakang die mmg hebat2 belaka.. Hirumi ni hampir jd perenang olimpik jepun.. tapi die sengaja menginjuredkan diri sebab untuk jd perenang olimpik bukanlah impian die.. die jenis happening, tak kisah pasal duit, n live life to the fullest.. Suzuki ni plak seorang pekerja yang berjaya di syarikat besar, bergaji besar, dan org penting untuk ekonomi jepang.. tp bile die 1st time cuti kat tepi laut.. die rasa cam dapat satu kekuatan dan ketenangan tak mcm die masa keje kat sykt beso tuh.. sama gak cam hirumi.. impian die mmg untuk duk kat tepi laut, berenang kat laut, n live all his life kat tepi laut.. duorang ni bertemu kat satu hotel tepi laut yang sama.. n jadi kawan baik.. diorang keje kat hotel tuh dan byk tolong selesaikan masalah pelanggan2 yang datang n duduk kat hotel tuh.. (sebab kebanyakan orang yang datang bercuti adalah atas sebab untuk melupakan masalah..), overall cite ni aku kasi 4 bintang..

Byk gak la skill menyelesaikan masalah yang aku dapat bila tgk citer nih.. citer ni tadak jiwang2.. walaupun heroin2 die sume kawaii.. hehehe.. paling aku suka watak Makoto (Ryoko Hirosue).. kawaii gile.. bile tgk rasa nak tekel jek.. hehehe :p winterwish soh aku tgk citer Shotgun Marriage.. die cakap besh.. nak kene carik la lps nih..

Bile tgk cite ni aku tertanya2.. apa plak impian aku ha? Aku pun tak tau.. kalo impian j/masa terdekat ni ada la.. contohnya untuk habiskan study cecepat.. nak buat 6 ketul diperut.. nak masuk mp3 player dalam kete.. nak beli laptop.. nak itu.. nak ini.. hermm.. entah lah.. impian j/masa panjang adalah untuk... HIDUP BAHAGIA je la kot.. tak kisah hidup kat mana2.. tak kisah kaya gile ke tak.. tak kisah kerja bagus ke idak.. ASALKAN AKU BAHAGIA.. tu je la impian j/masa panjang aku kot.. mcm orang takde cite2 kan? Entahlah..

Ni bukan gambo Takashi Sorimachi.. tapi gambo majikan aku skrg.. baik oo die.. Ja neh.. nak sambung repair thesis.. draf yang keempat.. arghhh!



carrotsusu at 2:40 PM

Monday, October 11, 2004

Hari ni dah masuk 11hb Okt dah.. tp research aku masih lg tak jalan2.. research kat sini alhamdulillah 75% siap dah.. selebihnya En Azmi akan habiskan.. research aku plak cemana?.. arghhhh..

Situasi yang mmg menyusahkan.. menyusahkan bila.. kita nak grab banyak mende dalam masa yang singkat.. aku nak keje.. dalam masa yang sama aku nak lulus master.. dalam masa yang sama aku nak sangat merasa kawen.. dalam masa yang sama aku nak belajo balik programming yang dah lama tak tergodek.. dalam masa yang sama aku nak menyix pax kan perut aku.. dalam masa yang sama.. aku nak latih diri jd sorang yang macho dalam masa yang sama.. aku nak jd “the man who knows everything about anything..” dalam masa yang sama.. aku nak belatih cakap BI, sampai aku bleh cakap BI lelaju mcm Eminem.. dalam masa yang sama... dalam masa yang sama.. dalam masa yang sama.. dalam masa yang sama... bla bla bla bla bla bla bla... semua mende ni plak memerlukan komitmen aku tetiap hari.. kalo tak istiqamah.. mende ni akan lupa.. kalo tak istiqamah.. mende ni akan tak biasa.. kalo tak istiqamah.. impian takkan jadi nyata!!...

Tapi persoalannya skrg.. mampu kah aku nak grab sume mende nih dalam satu masa?.. mende2 kat atas tu belum kire komitmen aku pada keluarga lagi.. pada mak, pada akak, pada anak2 buah aku.. mampukah aku.. hehehe.. letih la aku fikir.. Allah tak jadi kan aku ngan x awek aku pasal ni la kot... Dia nak beban aku ringan sket kot.. supaya aku akan lebih dapat beribadah kepadaNya.. supaya aku boleh jadi lebih bertawakkal kepadaNya.. supaya aku lebih yakin segalanya adalah dalam ketentuanNya..

Prioriti.. sampai setakat ni sume2 sama penting.. sume2 ranking prioriti number 1.. camner aku nak letak prioriti? Boleh ke aku nak letak prioriti kalo sumenye penting.. sumenye perlu.. hehehe.. byk betol persoalan.. kalo aku skrg ni adalah aku yang berbangsa jepun dan beragama menyembah matahari.. confirm aku dah bunuh diri skrg.. lantaran tekanan perasaan yang tak tertahan-tahan.. yang tak mampu dibendung2.. hehehe.. nasib baik la aku dilahirkan sebagai Muslim.. patut la Stephen R Covey dalam terjemahan bukunya “Bagaimana menyelesaikan masalah dan memulakan kehidupan?”.. ada menyebutkan betapa die respek kat orang Islam.. die kata orang Islam hidup penuh dengan unsur Fatalisme.. segalanya pasti ada ketentuannya.. Allah menjadikan sesuatu kejadian, sesuatu yang berbentuk metarial.. pasti ada sebabnya.. Orang Islam dahulu kuat sebab ini.. orang Islam dulu kuat kerana mereka yakin.. mereka percaya dengan sebenar-benarnya.. bila fikir2 balik aku jadi sedih.. sebab apa keyakinan aku tak macam sahabat2 yang hidup zaman Rasulullah?..

Ok la my blog.. letih dah tangan menaip.. kering dah otak berfikir.. penat dah badan duk lelama.. so.. ja neh.. aku nak rilek2 jap..

carrotsusu at 8:17 PM

Sunday, October 10, 2004

Hari ni aku baca tafsir Quran.. surah Ath Thalaaq (Talak).. Dalam surah ini diterangkan mengenai thalaq, iddah, dan kewajipan masing2 suami isteri dalam masa-masa talaq dan iddah, agar tiada pihak yang dirugikan dan keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kemudian disebutkan perintah orang mukmin supaya bertaqwa kepada Allah yang telah mengutus seorang Rasul yang memberikan petunjuk kepada mereka. Maka siapa yang beriman akan dimasukkan kedalam syurga dan kepada yang ingkar diberikan peringatan bagaimana nasibnya orang2 yang ingkar dimasa dahulu..

Dan yang paling menariknya.. dalam surah ni aku jumpa doa yang dulu aku kurang ambil perhatian.. Ayat Seribu Dinar.. lepaih baca baru la aku tau yang ayat seribu dinar ni dalam surah Ath Thalaaq.. sedikit dari ayat 2 surah dan keseluruhan ayat 3 surah ini.. Kat sini aku nak kongsi kan maksudnya..

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (2). Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan dari tiap-tiap sesuatu (3).

Aku kaji bebetul maksud ayat nih.. mmg semuanya tepat kene batang idung aku.. dalam keadaan skrg master aku tak abih2 lagi.. kerja dan pendapatan tetap takde lagi.. awek plak tetiba lari.. mana duit nak bayo kete.. mana duit nak bayo tpon.. mana duit nak beli external hdisk.. mana duit... mana duit... mana awek.. mana master.. mana mana mana mana.. manaaaa...semua ilang.. semua lari.. semua lesap.. huhuhu :(

Bila baca berulang-ulang kali 2 ayat ni.. aku rasa happy bila terkenangkan masalah2 aku sekarang.. actually aku tak perlu bimbang pasal kerja.. aku tak perlu bimbang pasal duit.. aku tak perlu bimbang pasal lambat kawen.. pasalnya aku semakin yakin.. setiap masalah Allah akan sediakan jalan keluar.. dengan syarat kita mesti bertaqwa dan bertawakkal kepadaNya.. takde keje.. usaha dan tawakkal la cari keje.. InsyaAllah, Dia akan berikan rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Takde awek nak buat bini?.. usaha dan tawakkal la cari bakal bini.. InsyaAllah, Dia akan mencukupkan keperluan hidup kita.. Awek lari? .. sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan dari tiap-tiap sesuatu.. Master tak abih2 lagi? Usaha dan tawakkal lah untuk abih master.. InsyaAllah, Dia akan mengadakan bagi aku jalan keluar.. SEMUA ni hanya dengan satu syarat je.. bertaqwa lah kepada Allah.. berusahalah.. selebihnya serahkan semuanya kepada Allah.. biarlah die yang menentukan untung nasib.. jatuh bangunnya aku..

Ok lah.. panjang la plak aku menaip hari ni.. berair dah mata aku ni ngadap monitor.. ja neh... sampaikan lah oleh mu walaupun satu ayat..

carrotsusu at 9:21 PM

Saturday, October 09, 2004

Ni aku nak kongsi bersama artikel yang membangkit kan semangat utk memajukan diri sampai berjaya untuk KAYA.. hehehe.. artikel ni aku hamik dari blog tompiang.. die pun hamik dari keratan akhbar Utusan Malaysia kot..

Saudara Pengarang,

SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita. Adik-adik abang yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah tetapi masih menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit pengalaman diri abang. Abang kini berusia 41 tahun, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gred 3 tahun 1980. Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan harta kecuali anak-anak yang ramai. Pada waktu itu SPM gred 3 `laku' juga. Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti pembantu makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.

Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak dapatkan surat ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang.Oleh kerana abang anak sulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampung dan di tempat kenduri kahwin. Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang berniaga pakaian di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru. Kini abang berjaya menjadi pengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain.Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.

Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang sekarang. Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen untung setiap biji = RM600 sehari x 30 hari = RM18,000 sebulan. Pendapatan kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu mencapai pendapatan RM10,000 RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000 sebulan. Jika dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas ditolak gaji lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan.Adik-adik, banyak lagi usaha yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima ekar keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 hingga 12 bulan.Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri. Purata pendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000.Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun mereka melancong ke luar negara.

Abang dan adik-beradik yang lain mampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kami juga tidak bekerja. Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak ramai anak-anak Melayu tahu. Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang pekerjaan makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta yang hanya menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan. Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan pendapatan RM60,000 RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta disuapkan.Ciptalah kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan, ternakan, pertanian, pelancongan dan lain-lain.

Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan empat atau lima orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapi jualan hendaklah secara tunai. Jangan fikirkan soal kelulusan. Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga.

- ABANG BERJAYA, Teluk Intan, Perak.

Bersusah-susah dulu.. bersenang-senang kemudian.. bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah.. pengalaman susah selalunya mengajar manusia bagaimana caranya untuk hidup senang.. dan manusia akan appreciate hasil titik peluh sekiranya diorang berusaha sendirik dengan metod yang halal tanpa mengharap subsidi dari mana2 pihak.. janji usaha.. lambat atau cepat kaya tu belakang kira.. itu tuhan yang menentukan.. fact yang betul2 perlu ditekankan adalah rejeki Allah berada di mana2..

Lepaih aku baca artikel ni.. semangat nak meniaga semakin tinggi.. dalam masa skrg aku masih mencari bidang atau tpt mana yang orang tak pernah atau kurang ceburi.. step yang paling susah untuk meniaga adalah untuk initiate idea ttg perniagaan yang nak dimulakan.. so sapa2 ada idea ataupun nak join sekali adalah amat2 dialu-alukan.. onegai.. ja neh..

carrotsusu at 10:26 PM

Thursday, October 07, 2004

Hari ni review pasal citer Last Exile. Last Exile ni adalah daripada studio Gonzo.. gabungan 2D ngan 3D animation die mmg hebat.. anime ni bagi aku boleh masuk dalam tiga teratas paling lawa (dari segi gabungan 2D ngan 3D) termasuk Patlabor I&II dan Initial D. Utk dapatkan wallpaper die amik kat sini.

Di sini review mengikut episod.. aku pun sebenarnya baru tgk sampai episod 8, tak abih lagi.. nak kene buat stail marathon jugak baru abih cepat.. anyway review daripada ircfansub nih byk membantu aku utk memehami secara keseluruhan citer nih.. Thanks to halo-productions.com cause helping me understand the overall story of last exile.. Hari ni aku nak masukkan review untuk 3 episod je.. nnt lain hari aku masukkan yg lain..




Episode 1 : First move

In the first sequence, an airship is trying to find an enemy in the Great Stream. Sophia wants Tatiana to bring her Vanship back, but Alex gives her a few more seconds. They are able to find, and then fire upon these enemy ships before leaving the stream for less turbulent skies closer to the planet. The next scene has Claus and Lavi preparing for work. When they fly in with their Vanship, they accept commission #11 and then fly off to their mission. Meanwhile, on the Guild ship, permission is granted to Duke David Madossein to begin the Third Minagis War between his Anatore fleet and the enemy Dusis fleets. When Claus and Lavi arrive, they are instructed to deliver a missive to Duke Madossein from his wife. They are also given a message from his daughter, Holy, to deliver as well. In the first confrontation of the war, many shooters are killed, but the enemy refuses to pull back. So the Anatore prepare the cannons. It appears as if they are victorious. Claus and Lavi land on the ship and try to deliver their message, but an unknown fleet attacks the Anatore from above in a sneak attack.




Episode 2 : Luft Vanship

The unknown airships attack from above and the first officer has Claus and Lavi forcibly removed from the bridge. Claus is only able to deliver the message by dropping it on the floor. Another Vanship, seeing the destruction, rushes to relay a message to a castle where the Lord, upon hearing the news, instructs his servant to "move it to a safer place, where the Guild cannot see it." Claus and Lavi are getting ready to leave, when Lavi realizes she still has Holy's message. So Claus rigs the PA system of the ship in order to read it so the commander can hear it. Hearing the words, Madossein recalls moments at home with his family. The first officer has soldiers go to capture them. They are placed under arrest, and held at gunpoint, but Moran Shetland holds one of the officers hostage, allowing them to finish reading it. In the end, the captain orders all weapons to be put down and for the children to be allowed to leave the ship. They prepare for a final assault, and are aided by the Sylvana and a red Vanship.




Episod 3 : Transpose

Claus and Lavi are finally ready for the big race, even though they must start in last place. During the race, another Vanship is attempting to escape an odd, 4 pronged-star ship with his "cargo," which is a little girl and her nanny. Claus and Lavi eventually make it up to the top three, then the top two, and then first place. But coming out of a narrow canyon, both their ship and Hurricane Hawk. They almost crash and are forced to land. When they find the other pilot, they discover the nanny is dead, but that he, Ralph Wednesday, needs them to succeed his mission, which includes the delivery of a little girl, Alvis Hamilton. Ralph sacrifices himself so that they can escape with Al on the river, since the star-machine can detect active Vanships. Claus and Lavi float down the river, with Alvis safely tucked next to Claus.



Episod2 dalam citer ni menjadi semakin menarik bila Claus n Lavi start bawak fighter vanship.. menggunakan kemahiran diorang, diorang mampu menggoncang pertahanan musuh..

Citer anime ni best.. kalo perang kat laut aku suka tgk cite one piece.. perang kat darat aku suka tgk citer naruto, dan untuk peperangan kat udara aku suka tgk citer ni.. last exile.. besh

Ja neh…

carrotsusu at 10:29 AM

Wednesday, October 06, 2004

Bila tangan menaip, otak tak menyokong apa yang ditaip, jd nya apa yang ditaip itu adalah atas perkara yang tidak dipikirkan sedalam-dalamnya.. jadi nya perkara yang nak disampaikan akan jadi tak sampai.. kalau pun mungkin mesej nya sampai.. tapi isi nya berterabur.. pitching nya tidak betul (aiiikkk!).. dan keadaan yang paling buruk memerlukan orang lain menyusun prioriti untuk kita.. mengajar kita apa yang patut dibuat.. apa aku tulih nih.. aku pun tak paham.. aku marah sapa ni.. aku pun tak tau.. abstrak sungguh pemikiran aku hari nih..

Semalam ptg pegi KL, pegi exhibition Sure Kerja kat Mines Shoping Centre, usahasama Jabatan Tenaga Kerja dgn Mines Shoping Centre. Tak byk sangat la sykt yang bukak booth kat situ, so aku pegi dari satu booth ke satu booth tgk kalo2 ada kerja yang aku minat dan bersesuaian ngan bidang aku.. dari 10 set resume & sijil yang aku sediakan, 5 dah aku bagi kat orang2 kat situ.. aku round kat situ dari kol 3.30 sampai la kol 6. Pastu aku pegi solat Asar kat surau sblh pusat bowling Mines..

Hah! Bowling!.. telinga aku fobia sket bile dengo bowling2 nih.. lps solat Asar aku trus masuk pusat boling tu.. memula aku beli nak main 2 game je.. sblh aku ada sorang mamat ni main.. nak kata hook tak hook.. nak kata straight... tak jugak.. die main pakai bola sendiri.. die conquer 2 lane.. aku pun conquer 2 lane gak (cross lane..). So bila main tu rasa cam berlawan2 plak.. 1st game aku just dapat 132 je.. die dapat 157.. amboi.. power.. kata aku dalam hati.. game kedua aku dapat 156, die dapat 150.. uish... semakin menarik.. aku pegi kat kaunter balik dan tambah lagik 2 game.. bayo lagik rm9.. untuk game ketiga aku main aku buat 4 kali strike berturut2, frame ke 5 open.. masa tu saja aku dah yakin macam nak score >200, tgk2 pastu takde strike dah, paling besh pun spare 9, main punye main untuk game ke 3 aku dapat 197 (cis.. tak lepaih gak 200.. kene bawak bola sendirik kot.. hehe :p).. mamat tu merudum gile.. die dapat 130 je.. saiko tgk aku main kot.. hehehe.. game yang keempat aku dapat 162, mamat tu dapat 15lebih je.. bangga gue kerna dapat mengalahkan mamat tu secara overall score dengan hanya pakai house ball.. hehehe.. :p

Ok lah.. malam nnt aku nak sambung tgk citer last exile... dari Gonzo Studio.. lawa gegila gambar dalam citer nih.. untuk citer ni aku kasik 5 bintang jugak.. utk review kene tunggu dulu.. pasal aku tak abih tgk lagi...

Ja neh... :p

carrotsusu at 5:00 PM

Tuesday, October 05, 2004


Pas sementara untuk orang yang kerja sementara... hehehe.. saja je nak tambah gak gambar untuk post kali ni.. tak nak blog ni nampak plain je.. hehehehe :p

Hari ni aku nak review satu cite anime yang aku minat, bertajuk tenjo tenge. Cite ni adalah citer moden yang berkisar tentang bebudak sekolah yang suka gaduh-gaduh. Baru je kuar citer ni dan aku baru tgk sampai episod 17. Citer ni kurang berbelit, dan akibat kurang nya keberbelitan sampai aku tak paham sangat citer ni masa episod awal2 dulu.. hehehehe.. :p

Citer ni bermula apabila duorang budak baru masuk kesebuah sekolah ni. Duorang ni kira cam hero la.. sorang nama Nagi Souchiro dan sorang lagi nama Bob Makihara. Duorang ni mmg suka gaduh terutama sekali Souchiro nih. Masuk2 je skolah tu trus diorang masuk satu2 kelas dan ajak sumer orang gaduh. Mende ni menarik perhatian leader pasukan katana (pisau, pedang) yang bernama Natsume Maya (pompuan yang kawaii, big boobs n butts, dan dalam keadaan biasa selalu merupakan diri die sebagai seorang budak kecik sebab tanak orang teruja ngan keseksian die..). Kemudian Natsume Maya datang dan mengalahkan Souchiro. Die pukul Souchiro dan Souchiro trus jatuh dari bangunan ntah baper tingkat dan kebetulan die jatuh kat tpt mandi adik Natsume Maya, iaitu Natsume Aya. Natsume Aya yang sebelum ni tak penah disentuh laki trus jatuh cinta ngan Souchiro dan trus merampas Souchiro nyer first kiss.. eceh.. :p

Sekolah ni dibina masa pergolakan peperangan Jepun, dibina untuk integrate martial art seluruh dunia. Dalam sekolah ni ada banyak department, ada department katana, gusti, karate, dan yang paling berkuasa adalah executive council. Pergolakan dalam sekolah ni banyak berpunca dari pertelingkahan department katana ngan executive council. Pasalnya department2 lain sumer dok dibawah executive council nih.. team katana je yang tanak.. Nagi souchiro n bob makihara setelah dikalahkan oleh Maya dan disebabkan oleh beberapa event lain, masuk dalam team katana untuk memperkuatkan diri diorang. Dan secara tak lansung juga kehadiran mereka memperkuatkan team katana. Pergolakan team katana ngan executive council ni la yang menjadikan cite ni sangat menarik bagi aku.

Aku malaih nak review episod by episod, letih tgn aku nak menaip. Untuk cite ni aku kasik 4/5 bintang. Tak baper seswai ditgk oleh anak2 bwh umur sebab terlalu ganas dan byk bab echii2 nih. So.. apa tunggu lagi... dload la.. hehehe.. actually aku pun beli cite ni kat aked.. malaih nak tunggu dload.. tak sabo rasa.. hehehe :p

Ja neh...


carrotsusu at 8:09 AM

Monday, October 04, 2004

Ni aku dapat mail dari member aku, walaupun aku ada mak lagi, tapi sedih jugak baca surat ni. Bergenang jugak air mata aku. Gegila aku tahan tanak kasi mengalir.. sensitip jugak aku ni yek.. penuh penghayatan aku baca.. thanks kepada author surat nih.. aku tak kenal ko.. tp aku rasa aku tau cemana rasa sedih ko tuh.. huhuhuhuhu...

WARKAH BUAT IBU...

Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni Sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia..... Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu Siaran siam..... kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...


Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet... pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eemmm..bahagiaa nya saat ituu..


Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital..... dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..... tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....


Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak....


Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran..... Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden Terlanggar kelinn naik motor..... Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan Sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....


Mak..... Jam 4.30 pagi 19/08/1999 Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..... terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....


Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik Atas mak....
Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak.mak tunggu ya...!


Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.... Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...


Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2 nya...


Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....


Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terima kasih.
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
ps : So pada kawan2 yang rasa ada buat salah kat mak bapak (termasuk aku..), dan seorang anak yang degil (termasuk aku jugak..) bebawakla mintak maap kat parents kita.. diorang bukannya lama sangat lagi pun kat dalam dunia nih.. hai.. cemana la nak mulakan mintak maap ni yek? any suggestion? onegai...
Next post aku akan masukkan review anime n cite jepun yang aku baru beli dan pinjam dari member aku...
ja neh..

carrotsusu at 2:58 PM

Friday, October 01, 2004

Pagi tadi, network slow cam siput sedut.. siput sedut lagi laju kot drpd network kat sini. Pastu aku tak tau nak buat apa, so sku buat video clip.. hehehe.. (recording artist gitoo..).. aku nyanyi lagu masih sorang2, record, pastu nak edit.. daripada .avi (.avi yg lama – video cassette punya .avi) kepada MPEG (ingat nak guna TMPgenc) pastu daripada MPEG kepada MPEG4 punyer .avi.. (ala... lupa dah nama s/ware tuh..) – nak kene dload balik nih.. dengan network slow cam siput sedut.. mampukah network? Hehehe..

Edit2 ni ingat buat minggu depan kot.. sabtu n ahad nih cam aku tak nak berada di depan komputer, sbb ptg nih aku ingat nak gi KL.. jumpa memember lama.. sembang2, borak2.. nak kukuhkan ukhuwah.. hari ni pose lak tu.. hehehe.. sapa suruh pose? Aik.. dah nak pahala, kene la pose.. ..sape2 yang pose 3 hari awal bulan Syaaban, 3 hari tgh, dan 3 hari akhir syaaban, dengan izin Allah dia akan dapat pahala 70 orang nabi tuuu... banyak tuu... lagi mau lepaskan peluang.. umat akhir zaman je dpt macam ni tau.. so apa lagi.. rebut la peluang di depan mata..

So.. ptg ni nak buka pose kat ne ha? Aku bajet nak buka ringan2 dulu.. pastu baru ajak Muzri makan berat2 sket.. hermm.. ok gak tuh.. takpe la.. nnt sblm tdo dalam bas aku plan elok2.. Pic of the day hari ni apa ha.. ooo ok.. pic of the day hari ni adalah berkenaan dengan pas sementara aku.. so.. inilah pas sementara aku sepanjang kerja as RA kat Jabatan Biologi, FST, UPSI.. lambat gile dapatnye.. aku start keje bulan 6, pas ni dapatnye bulan 8.. pas sementara buruk camni pun lembab nak buat, kalo takat cam ni aku pun boleh buat sendirik.. takyah tunggu sampai 2 bulan.. tp takpe la.. bukan aku pakai pun pas tuh.. time amik gaji kat bendahari je aku pakai.. kene hipokrit sket ngan diorang nih..

Alamak.. photobucket disk problem la plak.. so aku takleh nak masukkan lagi gambo arini.. maybe minggu depan la kot baru ceria balik post yang ni dengan gambo tu.. hehehe

carrotsusu at 8:41 AM

Layout * shadowmist