Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Friday, December 31, 2004

[Condition : Tgh memikirkan sesuatu..]

26 Disember 1932 + Gempa bumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa..
26 Disember 1939 + Gempa bumi berlaku di Turki membunuh 40,000 nyawa..
26 Disember 1996 + Ribut Greg di Keningau, Sabah, meragut beratus nyawa..
26 February 2001 + Haku declare dengan mimpi buruk haku.. aniberseri.. ptoih!..
26 Disember 2003 + Gempa bumi di Bam membunuh 45,000 nyawa..
26 Mei 2004 + Haku break dengan mimpi buruk haku, membunuh segala matlamat dan impian haku..
26 Disember 2004 + Gempa bumi berlaku di Sumatera membunuh 80,000 nyawa..
Edit : berita terbaru haku dengo kematian keseluruhan mencecah 120,000 orang.. dan ianya semakin meningkat!!..

Di atas adalah kronologi kemusnahan dunia.. lebih2 kurang je dengan tarikh2 kemusnahan haku.. semua nye pada 26 hb.. so.. mulai hari ini setiap 26 hb aku kene jaga2.. bahaya woh..

What kind of bloggers are me?





You Are a Snarky Blogger!



You've got a razor sharp wit that bloggers are secretly scared of.
And that's why they read your posts as often as they can!


Mende ni haku amik kat nonie punyer blog.. have a try..!


carrotsusu at 10:15 AM

Thursday, December 30, 2004

[Condition : Happy, tenang, best..]

Aku terpanggil kali untuk berbicara ttg bencana yang menimpa.. kalo nak dibandingkan dengan bencana yang menimpa saudara2 kita di utara semenanjung, banda acheh, sri lanka, dan sebagainya.. bencana yang menimpa haku tak lah seberapa. Kadang2 terfikir, mende ni haku rasakan bukan just kebetulan.. pasti dan pastinya ada hikmah di sebaliknya..

Kalo tentera Serb nak buat penghapusan etnik kat Bosnia mengambil masa bertahun2.. Di pihak Tuhan maha pencipta cuma ambik masa tak sampai 5 minit pun nak tarik nyawa sampai 20 - 30 ribu orang.. itu lah kuasa tuhan yang maha perkasa lagi bijaksana.. yang peliknya, mengapa bencana ni Allah turunkan kat sekitar Asia, tempat di mana kebanyakan muslim duduk.. kenapa tak diturunkan kat tengah2 US.. biar mati semua penduduk nya yang berjumlah 250 juta tuh?.. Jawapan yang sebenar hanya Allah yang maha mengetahui.. kita cuma boleh meneka2 apa sebabnya..

Pada haku semua bencana ni adalah kifarah dari Allah.. Allah nak mengingatkan kita yang semakin lupa padaNya.. Allah berikan kita hidayah melalui bencana2 yang menimpa, tak kira bencana besar atau kecik.. tak kira dalam bentuk metarial atau pun kesedihan.. semuanya kifarah dari Allah semata.. Allah itu maha kaya dan maha bijaksana..

Takziah pada keluarga2 yang ditimpa bencana.. takziah atas mereka yang kerugian dari segi metarial.. Semoga Allah cucuri rahmat atas roh mereka yang meninggal dunia.. Semoga kita yang masih hidup ni dapat keberkatan dan hidayah daripada apa yang berlaku.. Amin..

Dan tahniah kepada Pak Lah sebab mengambil langkah membatalkan semua perayaan sambutan tahun baru.. kesedaran macam ni lah yang perlu di pihak atasan untuk memastikan negara kita terus cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam acuan kita sendiri disamping mendapat keberkatan dari Allah. Tahniah!

carrotsusu at 2:01 PM

Tuesday, December 28, 2004

[Condition : Ngantuk, tak cukup tido..]

Mimpi (ngeri..) yang tak sudah..

Apa makna nya impian..
Datang dan pergi..
Membawa hati..
Menyusuri kembali..
Jalan-jalan sepi..

Kau kah di situ..
Yang menantiku..
Atau jelmaan..
Dalam kenangan..
Yang bernama pengalaman..

Siapakah diantara kita..
Dengan rela menjadi pendusta..
Siapakah dulu membina harapan..
Dan siapa yang memusnahkan impian..
Tanpa sebab dan alasan..
Kau lahirkan perasaan..
Bagai taufan tiba-tiba datang..
Dan menghilang..

Kau.. bayang-bayang..
Masa nan silam..
Ada ketika..
Terbawa-bawa..
Oleh resah mimpi (ngeri..) yang tak sudah..

Argghhhh.. fenin fenin.. tolong!...
ps : Thanks untuk Hikaru yang send lagu and liriknya sekali kat haku.. terima kasih.


carrotsusu at 4:49 PM

Monday, December 27, 2004

[Condition : Boring, monyok, takde mood nak buat hape pun..]

Sabtu hari tu haku eksiden.. takde la teruk, still bernyawa lagi la, kalo idak cemana plak haku nak tulih blog ni kan?.. dalam perjalanan ke Setiawan, untuk menghadiri majlis perkahwinan member baik haku. Haku eksiden kat Bukit Beruntung.. hemph.. beruntung hape.. Bukit Bermalang ada la.. itu hari abg ipar haku eksiden kat situ, pastu haku plak.. huhuhu :(

Kat atas hiway, dengan rileknye uncle tuh brek mengejut, haku yang follow agak dekat (bukan cucuk hangin, still ada distance la..) pun mengepam brek dgn jayanya sambil cuba mengelak kereta nissan sentra tersebut.. tapi apakan daya, haku berada di lane sebelah kanan, disebelah kanan ada divider, disebelah kiri byk kereta.. so haku pun gedegang la bontot kete uncle tuh.. die kuar kete, apa lagi.. trus limokawchoaa la.. haku nampak die cuba nak buat2 marah, tapi lepas nampak haku ngan member haku yang badan lagi besor dari die.. trus die sembang elok2.. hehehe.. kalo die trus marah2 masa tu maybe haku akan kuarkan batang besi yang mmg sedia hade dalam kete.. better pelangkung je orang tak reti bawak kete ni.. tapi nasib baik semua boleh selesai dgn perbincangan.. member haku Sumi, pun byk sabo kan haku..

Pastu haku pun trus buat report kat Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, selesai pegawai penyiasat amik gamba ape sume, haku pun ingat nak bergegas pegi jugak setiawan.. dalam perjalanan.. lagi sekali malang berlaku.. bonet depan kete haku mmg dah takleh tutup rapat akibat eksiden tadi telah flip dan membantai plak cermin depan keter haku, silap haku jugak, hikat tak ketat.. so + lagi satu injuries pada kete haku.. cermin depan plak retak teruk.. pastu sampai lebih kurang kat Kalumpang.. hujan plak turun dgn lebatnya.. perghh.. Sumi cakap.. mungkin DIA tanak kita pegi umah Jmer kot.. aku yang tgh serabut pun agree dengan die, haku trus buat keputusan untuk trus ke bengkel agen insuran MNI.. kat Tg Malim.. sembang punya sembang ngan Cine tuh.. die cakap kalau nak claim insuran, mmg kene tunggu lebih kurang 2 minggu.. pergh... sakit lagi.. haku dah la byk meeting kat luar minggu depan.. pecah pale haku pk..

Haku trus balik umah kat Hulu Bernam, tenang2 kan pikiran, makan2, solat.. pastu pk balik.. apa tindakan seterusnya lepas nih.. Haku amik keputusan untuk bawak jugak kete haku yang tgh injured tu dulu ke KL balik.. try cari port murah kat KL.. tapi lepas haku sampai KL balik.. call abg ipar haku.. die cakap kat Tg Malim lagi murah kalo nak repair kete berbanding dengan KL.. pulak dah.. tensen nye haku.. malam ahad tu haku tido dalam ketensenan.. sampai sok nye gempa bumi kat kawasan sini pun haku tak sedo.. kalo katakan runtuh bangunan tu, ngan haku2 sekali mati.. huhuhu :(

Haku ingat hari Rabu ni baru nak try settel2 kan mende2 ni sume.. doa2 kan la haku yek..

carrotsusu at 11:52 AM

Wednesday, December 22, 2004

[Condition : Demam dan pening gile..]

Dah lama haku tak hapdet blog nih, mmg haku bebetul sibuk, mmg bebetul takde masa. Di samping menjaga reputasi haku sebagai pengurus ladang hanggur yang berjaya.. wehehe.. sori la blog..

Byk pengalaman baru yang haku dapat kat ladang hanggur yang baru nih.. paling byk adalah macam mana proses negotiation projek2 ladang hanggur yang baru.. macam mana cara menipu manager2 ladang hanggur yang lain.. dan sebagainyalah yang berkaitan dengan ladang hanggur..

Joli babi.. takleh lagi.. walaupun skrg haku bebas dari sangkar emas pengurus dusun durian, tapi still ada limitation.. hanggur takde.. penat jugak bulan nih.. kutipan buah hanggur hanyalah untuk separuh bulan.. penat.. penat..

Byk yang berlaku bulan nih.. berita gembira member karib haku nak melangkah ke dunia baru lepas nih.. dari hidup bergelandangan sorang diri.. kepada hidup bergelandangan berdua duaan.. wehehehe.. tahniah haku ucapkan kepada dia sebab berjaya gak mengakhiri zaman bujang dalam usia kurang dari 26 tahun.. tahniah! Semoga kekal hingga ke anak cucu.. Pada sapa2 yang kenal, Azmir Shahrizal bin Amir (Jmer) sudah pun melangsungkan perkahwinannya pada 18 Disember itu hari, dan 25hb Disember ni kenduri kat rumah die kat Setiawan.. sapa2 yang kenal, nak pergi ataupun nak wish selamat kawen kat die.. call lah die..

Berita sedih.. bukan sorang.. tapi 3 orang telah terkena badi daripada haku.. di tinggalkan ladang hepel masing2.. ladang diorang ni lebih kurang gak macam ladang hepel haku.. masing2 meninggalkan pengurus ladang hepel masing2 tanpa memberikan alasan yang kukuh.. yang boleh membuatkan pengurus ladang mereka berpuas hati dan pasrah pada perpisahan itu.. haku sebagai pioneer program ditinggalkan ladang hepel masing2 pun cuba lah memberikan sepatah 14000 kata kat pengurus ladang hepel yang ditinggalkan tu.. walaupun mmg rasa macam kene buang mcm sampah.. walaupun diri rasa hopeless gile2.. percayalah kawan2.. mende ni akan berakhir gak satu masa nanti.. kalau jodoh tu mmg hade.. kawen cerai 14000 kali pun.. ladang hepel tu satu hari nnt akan berlari kat kita jugak.. melainkan kalau ladang hepel tu mampus.. kita sebagai hamba tak boleh menahan sedikit pun.. sebesar zarah pun kalau sesuatu mende tu dah ada dalam ketentuanNya..

Dari Al-quran, surah Faathir, ayat 2, maksudnya, Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dia lah yang maha perkasa lagi bijaksana.

Daripada ayat di atas kita dapat melihat, apa kuasa ladang hepel tu keluarkan fact yang pengurus ladang hepel dengan ladang hepel tu dah takde jodoh? Sedarlah sket.. awak tu hamba.. H.A.M.B.A.. rezeki kita kat dunia hanya lah rahmat Allah semata.. kalau berlaku perpisahan, mungkin rezeki berupa jodoh tu, Dia tahan.. belum sampai masanya lagi.. usaha susah payah cemana pun mmg takleh lepas punya.. ada hikmahnya.. Dia maha perkasa lagi maha bijaksana..

Haku skrg semakin berani.. Haku dah tak kisah hape2 lagi.. apa benda yang telah terjadi.. mmg telah terjadi.. apa yang terjadi lepas ni pun.. aku serahkan padaNya.. yang kerap haku doakan sebelum tido adalah.. semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini.. dan semoga haku tabah menghadapi dugaan2 yang mendatang.. haku harap ahli2 kelab pengurus ladang hepel yang ditinggalkan ladang hepel masing2.. be strong bro.. mende2 keduniaan ni pasti dan pasti ada penghujungnya.. life must goes on.. do your work.. set prioriti balik.. its not the end of the world.. peace bro..

A part of me ada sket rasa bersalah atas kejadian yang menimpa memember.. sebab mende ni jadi macam penyakit berjangkit.. tak habih lagi bahang haku, member haku lak kene, tak habis bahang member haku, jadi plak kat member haku yang lagi sorang.. jadi mcm pembawa sial lak haku.. walaupun haku sedar sume yang terjadi kat memember takde langsung kaitan ngan haku.. tetap haku rasa mcm haku kene mintak maap, so.. sorry bebanyak bro, pasal bawak sial dalam lab tuh.. cam bangsat je haku rasa skrg ni.. serius..

Untuk ladang hepel haku.. skrg ni haku rasa ko dah pun ada tuan baru.. tuan penjaga hati yang dicuri.. ptuih! tapi yang haku nak ko tau, haku still sayang kat ko lagi, tapi haku tak daya dah nak melutut pujuk rayu, menagih simpati pada orang yang tak sudi, kalau rasa nak truskan balik hubungan yang terputus ni, pintu hati haku masih terbuka, hati aku tak melekat kat mana2 ladang hepel lain sejak peristiwa hitam tu, kalau nak anggap haku sebagai kawan atau sahabat je ke.. haku takde hal.. haku sanggup kongsi masalah, suka duka ko.. kalau sume2 pun ko tak nak.. takde hape lagi yang haku boleh katakan.. ko boleh jalan ngan hidup ko, haku boleh jalan ngan hidup haku.. no hal at all.. haku happy ngan hidup haku skrg..

Dah la tuh.. haku nak sambung buat keje.. byk gile workload haku.. arrrghh..

carrotsusu at 1:05 PM

Wednesday, December 15, 2004

Haku skrg sudah berada di ladang hanggur yang baru, membawa cabaran Malaysia ke ladang hanggur yang baru.. income ciputs.. tapi takpe.. aku akan cuba utk setia kat ladang hanggur ni.. rasa2 cam tak leh pegi.. baru pk utk berubah ke satu ladang hanggur yang baru.. wehehe.. baru start bukak ladang hanggur dah pk camni.. cambest je haku ni pun..

Penat? mmg penat.. penat ngalahkan menteri.. penat pk arah tuju hidup pasni.. penat pk pasal ladang huren.. ladang hepel apatah lagi.. wehehehe..

Rasa nak jumpa memember yang dekat2 sini.. tapi apakan daya.. modal takde.. nak minum kat kedai mamak pun berkira skrg nih.. income bulan ni 1/2 bulan.. takleh lagi nak joli babi.. wehehe..

Charkaliows..



carrotsusu at 1:29 PM

Thursday, December 09, 2004

Siapakah di antara kita..
Dengan rela menjadi pendusta..
Siapakah dulu membina harapan..
Dan siapa yang memusnahkan impian..
Tanpa sebab dan alasan..
Kau mainkan perasaan..
Bagai taufan tiba-tiba datang..
Dan menghilang..

Kau..
Bayang-bayang..
Masa nan silam..

Secebis OST samarinda Masih Ada Cinta.. TV3.. bagi haku lagu ni tak baper seswai jadi lagu tema citer ni.. sebab dalam 2-3 episod yang haku tgk.. 70% citer ni berkisar ttg utopia perniagaan korporat Malaysia.. angka2 sebutan dalam cerita ni sumer juta2, 20 juta, 30 juta, Forty Mil.. sumer jutaan.. ribu-ribuan tadak.. yang berkisar ttg percintaan, hati dan perasaan, cume 30% n maybe less.. so? Mana letak nya permainan perasaan, penipuan dalam percintaan, kemusnahan impian, dsb?

Hehehe.. sejak bila tah haku jadi pengkritik filem.. ekceli lagu ni mcm membayangkan keadaan yang pernah haku tempuhi.. ye lah.. bila dah frust.. lagu2 jiwang sumer cam kene batang hidung.. ye tak?

So.. sapa ada MP3 lagu ni.. haku mintak tolong sangat2.. mintak tolong sangat2.. mail la kat haku.. haku nak simpan.. buat koleksi.. untung2 frust plak lagi nnt dengan ladang hepel yang lain.. bleh haku dengo lagu2 frust yang dah sedia hade.. tak yah la nak search2 lagi.. wehehehe.. kalo boleh dengan lirik penuh nyer skali ekk.. tolong ekk sape2.. onegai neh..

carrotsusu at 8:14 PM

Wednesday, December 08, 2004

Tatkala haku menulis entry ini, haku tgh melayan lagu dari aikawa nanase bertajuk Unlimited.. OST Samurai 7.. besh woo lagu nih.. penuh semangat perjuangan.. muzik die la.. lirik nye haram haku tak paham..

Betul la kata orang.. research yang paling susah ialah research ttg manusia.. sekompleks mana robot aibo, sekompleks mana pun motherboard komputer.. kompleks lagi otak manusia.. hehehe..

Kekadang.. makin lama kita kenal seseorang tu, makin kita tak paham tindak tanduk dia.. bukan tu je, kadang2 makin lama kita hidup, makin kita tak paham sindri punye perangai.. haru kan?

Bukan hape.. entahla.. semenjak 2 menjak ni asyik teringat kat bekas ladang hepel haku.. ladang hepel haku ni besh sket.. die kene ada tuan yang menjaga.. baru bleh berbuah.. kalo katakan puan yang menjaganya.. alamat tak berbuah sampai bila2 la ladang hepel nih.. hehehe.. lawak je.. apa kaba la yek x ladang hepel haku tuh.. lama tak dengo citer.. nak harap memember korek citer.. hehe.. err.. takyah la kot.. cam buang masa.. diorang pun ada masalah sindri.. kata orang bila sebuah ladang hepel ingat kat seorang pengusaha ladang hepel, pengusaha ladang hepel yang di ingat tu secara otomatis nya akan teringat kat ladang hepel tu balik.. cuma tak pasti atas hal ape.. dan pengusaha ladang hepel tu tercari-cari sebab2 ngape dok asek tingat je.. haku dalam situasi cam tu skrg.. haku rasa la kan.. ahh.. pedulik ahh..

Haku berjaya menguruskan ladang huren haku semalam selama 2 jam.. di rumah.. sambil menjaga cucu2 pengurus dusun durian.. Si namad meragam hari ni.. asek nak meraung je.. sh*t tol la.. adik die ok je la plak.. sabo je la.. walaupun mmg tak leh nak concentrate lansung pd ladang huren haku.. tak pe la.. haku korbankan kebebasan haku nak buat keje untuk diorang.. haku pun bkan bleh lelama sgt buat keje.. cepat busan..

Ladang hanggur.. Alhamdulillah.. berkemungkinan besar berita gumbira.. kalo betol dapat haku luaskan ladang hanggur nih.. akan haku kotakan janji (Nazar? Nazir? Nazeq? Nazraku?) kepada semua kawan2 yang byk tolong haku.. beri kata2 semangat pada haku.. ye lah.. bukan senang nak ikhlas kan hati nak tolong member2 ni kan? hehehe :p

carrotsusu at 8:12 PM

Sunday, December 05, 2004

Semalam pengurus dusun durian dengan bangganya telah membelikan haku sebuah suratkhabar Star.. yang ada recruitment column di dalamnya.. atas maksud tersirat menyuruh haku menguruskan ladang hanggur haku dengan lebih sempurna.. juga membawa maksud supaya haku lebih berusaha dalam menguruskan ladang hanggur.. assistant pengurusan dusun durian pula semakin menunjukkan tanda keboringan apabila melihat haku hanya menguruskan ladang hanggur hanya dari rumah.. walaupun die sememangnya tahu yang haku tak mempunyai modal untuk memperluaskan perladangan hanggur haku.. die juga mula bosan dengan sikap kurang profesional haku yang hanya menunggu buah hanggur untuk jatuh ke riba.. wehehehe.. :p

Entahlah.. pengurusan dusun durian mungkin mula merasakan kehadiran haku dalam pengurusan ladang hanggur menjadi liabiliti tertunggak buat mereka.. mereka mungkin menginginkan sesuatu yang timbal balas daripada haku untuk mereka jadikan sebagai capital dalam menguruskan dusun durian mereka..

Yup.. jadi dengan itu haku menjadikan faktor ini sebagai faktor penggalak dalam usaha haku menguruskan ladang hanggur haku.. ke arah menjadikan ladang hanggur haku sebagai ladang hanggur yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.. wehehehe.. :)

carrotsusu at 1:59 PM

Layout * shadowmist