Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Friday, January 28, 2005

[Condition : Still bz.. bila nak free nih?]

LONDON: Kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka, menurut satu laporan baru yang disiarkan akhbar The Telegraph.

Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat dikesan oleh pengimbas otak.

Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.

Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematian.

Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah berakhir 16 minggu lalu.

Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu kecewa dengan perpisahan mereka.

Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit mengenai bekas teman lelaki dan suami.

Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai orang lain.

Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai hubungan cinta mereka yang sudah putus.

Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca kemurungan.

Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding lelaki. - Agensi

P/S : Artikel ni haku dapat daripada email yang tidak haku ketahui kevaliditiannye.. dan haku kurang paham isi kandungannye.. apa masalah sebenarnya bila sel otak kurang berxtvt?.. adakah pada tahap yang paling teruk boleh menyebabkan kemerengan atau sebagainya? Kalo setakat kemurungan.. mmg la murung.. semua orang akan murung kalo frust bercinta.. betul tak? Lain la kalo mmg dah biasa putus dsb nye nih.. pada "org2" macam ni takde hal la.. bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa"..

Entahlah..



carrotsusu at 9:09 AM

Thursday, January 27, 2005

[Condition : Still bz..]


Kuda belang pasaraya.. :p

carrotsusu at 1:49 PM

Wednesday, January 26, 2005

[Condition : Still bz..]



Kuda belang camouflage.. :p

carrotsusu at 9:13 AM

Tuesday, January 25, 2005


[Condition : Penat, letih, dan lesu..]

Entah lah.. minggu ni macam banyak sangat mende kene handle..kerja memang tak pernah berkurang.. dari satu sudut ianya adalah satu perkara yang baik untuk haku.. banyak experience yang haku dapat.. dari sudut yang lain pulak.. tenaga haku macam dikerah habis-habisan.. otak macam dikerat berbelas-belas.. untuk menghandle banyak perkara secara parallel..

Dikala haku start menaip posting ni.. jam menunjukkan pukul 1 pagi.. hingat nak tido dah tadi.. guling punye guling punye guling.. mata takleh gak nak lelap.. badan letih.. tapi otak belum lagi mahu rehat.. dia nak kerja lagi.. so haku bangun balik.. on PC.. dan start menaip posting nih.. tapi otak haku kosong.. takde idea.. goncang2 kotak rokok.. alamak.. abish la plak.. hingat nak gi beli kat sevenE.. hemph.. takde transport la plak.. adesh..

Masa balik kampung raya haji itu hari.. haku gi tgk kete kat workshop.. dah lawa balik dah keter haku.. bonet baru.. bumper baru.. mata sebelah kiri dah berganti dengan mata baru.. dah macho balik dah keter haku.. tapi still tak leh kuar dari workshop lagi.. pasal payment yang pihak insurans buat kat workshop tuh tak include sekali dengan bayaran bonet baru.. so workshop tu terpaksa la plak appeal untuk dapat bayarannya.. aduhhhh.. letih lagi haku menunggu.. penat dah rasa numpang orang je pegi n balik keje.. cemana nak buat kasik cepat ekk?

Jam sekarang menunjukkan 2 pagi.. pergghh.. ini lah die penangan dikala takde idea.. 3 perenggan ni pun makan 1 jam..

So.. tahniah kepada cik Knockturnal sebab lulus dengan cemerlang exam itu hari.. tahniah kepada cik Tompiang sebab baru dapat kerja.. terima kasih kepada cik Ana sebab ajak haku kuar minum2 itu hari (sori.. haku masa tu hade kat kampung, takleh nak join ko and the geng).. terima kasih kepada cik Langsat sebab invite haku join conference (sori takleh nak join.. terlalu bz tatkala di opis).. wehehehezzz..

Dan tahniah kepada mata haku.. sebab kelopaknye macam takleh nak bukak dah nih.. semoga esok akan lebih baik dari hari ini.. ZZzzZZzzzzzzzzz..

carrotsusu at 2:11 PM

Sunday, January 16, 2005

[Condition : Tenang + bz..]

Haku tertarik kepada 1 ayat daripada surah At Taubah nih.. just nak kongsi ngan korang.. kalau ada apa2 ulasan bubuh kat komen la ye..

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

(Surah At Taubah, ayat 24)

Siapa yang lebih korang cintai?.. siapa yang lebih haku cintai?.. sama-sama kita fikirkan..

carrotsusu at 3:50 PM

Saturday, January 15, 2005

[Condition : Penin..]

Header baru :: tsunami version 1.0.. by carrotsusu.. eceh..

Semalam haku penin.. haku pun cari gambar2 kat incik Google.. haku taip "carrot ". Ada satu gamba lawak yang haku jumpa..

Apa yang korang pk.. haa.. otak kunen la tuh.. ni la carrot kembar 3..

Ha.... lawak tak.. lawak tak..? (intonasi senario..)


carrotsusu at 9:51 AM

Wednesday, January 12, 2005

[Condition : Tenang.. seperti air kolah umah haku..]

Semalam haku sudah godek satu coding PHP untuk creating blog. Source adalah dari En. Dron.. En. Dron sudah tidak memblogkan diri lagi lantaran mungkin ketidak-IT-an bidang perniagaan nya lagi.. jadi source code yang diberikan pada haku ini akan haku customize dan haku gunakan untuk keperluan sendiri..

Keperluan?.. blog satu keperluan?

Ya.. bagi haku blog adalah tempat di mana haku menulis perjalanan hidup ni.. blog jugak adalah tempat di mana haku cuba merangkaikan idea untuk dikongsi bersama orang lain.. blog jugak adalah tempat dimana haku melepaskan ketidakpuasan hati atas satu2 perkara.. blog jugak adalah tempat untuk haku meletakkan komen atas sesuatu isu.. dengan medium blog jugak haku dapat berkenalan dengan manusia yang pelbagai.. ya.. blog bagi haku adalah penting..

Tapi untuk haku beli webhost sendiri sekarang haku rasa masih belum tiba masanya.. duit haku belum lagi diperuntukkan untuk ke situ.. haku kene save duit untuk road tax keter, duit untuk ke UUM berthesis-thesisan, duit untuk membeli digicam, dan yang paling penting sekali adalah duit untuk membayar hutang kepada orang tua haku.. yang bila haku kumpul2 kan skrg mencecah RM10 riban.. (actually diorang tak hanggap mende tu sebagai hutang pun.. haku je gatal nak bayar.. dan bagi haku itu 1 tanggungjawab yang perlu haku setelkan dalam tempoh 5 ke 7 tahun..)

So, right now, let the 1st be the 1st priority..

Sedikit ilmu yang haku rasa patut untuk dikongsi bersama.. aku dapat daripada email :

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan lah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Surah Yusuf ayat 12

`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.'
Imam Al-Ghazali..


carrotsusu at 8:46 AM

Monday, January 10, 2005

[Condition : Selepas menempuh satu hari cuti yg membosankan..]

Semalam haku rasa haku bukan diri haku yang sebenar.. haku suda jadi orang yang bosan lagi membosankan.. haku suda mula terbawa-bawa dengan arus hidup kat sini yang penuh .. err.. bersendirian.. hal haku hal haku.. hal ko hal ko.. dah mmg takdir nya haku dapat osmate camnih.. tapi x pe.. selagi fius nafsu amarah haku masih berfungsi.. haku still boleh control lagi amarah haku.. jgn diorang tambah lagi voltage penyiksaan minda ni udah la.. nnt meletup fius nih.. haku gelap.. tak cukup tangan.. parang naik nnt.. ehh.. bila masa lak haku jadi geng parang nih.. hehehe..

Haku skrg mcm.. risau pun hade.. tapi entah lah.. hidup dulu penuh dengan memember.. dan stage yang haku tempuhi skrg adalah stage di mana.. haku perlu sorang2.. perlu.. bermaksud haku mesti sorang2 dalam menempuhi sume ni.. inilah hidup.. takde kompromi.. yang haku yakin.. setiap keadaan yang ditempuhi ada hikmahnya, setiap keadaan juga akan ada pengakhirannya.. cume tindakan yang betul dan tepat perlu pada ketika keadaan itu berlaku.. tindakan yang betul dan tepat termasuk dari segi percakapan, pergerakan, dan yang paling penting sekali pemikiran..

Semalam satu hari haku tak ke mana2.. haku duduk sorang2 kat rumah.. buat keje hape yang patut.. gagah kan diri jugak la menguruskan ladang huren yang lama dah tak bersentuh.. dapat la 3 jam concentrate.. tu pun haku dah rasa cukup bagus.. malam tadi haku setkan dateline.. bila haku nak anto draf keempat ladang huren haku nih.. harap2 kali ni haku stick to the plan.. takde la delay2 lagi.. momentum nak buat keje macam dah takde.. macam keter yang tak bergerak.. macam keter haku yang terdampar kat workshop skrg nih.. kalo hari2 bekerja biasa mmg tak bersentuh la ladang huren nih.. bangun pagi.. keje.. balik keje.. penat.. makan.. tido.. bangun pagi.. keje.. balik keje.. penat.. makan.. tido.. bangun pagi.. keje.. balik keje.. penat.. makan.. tido.. bangun pagi.. keje.. balik keje.. penat.. makan.. tido.. ituuuuu je la berulang-ulang.. jadi cam robot lak haku rasa.. tahan je la.. nak wat cemane.. itu kan realiti?.. heh.. :)


carrotsusu at 2:48 PM

Wednesday, January 05, 2005

[Condition : agak letih pasal ulang alik dari kampung..]

Byk yang haku belajor dalam 2-3 minggu ni.. kalo nak dibandingkan.. sama byk antara mende teknikal ngan legality bisnes. Projek pun alhamdulillah byk masuk.. dan menandakan kepentingan department IT kat kompeni ni..

Antara mende teknikal baru yang haku belajo :
  • PHP n Mysql guna XAMPP server package.
  • Samba server, VMware.
  • DTTB (Digital Terresterial TV broadcasting), guna standard DVB-T (Europe).
  • Thin Client (h/ware n s/ware applied).
Mende2 bisnes yang haku belajo adalah daripada segi flow bisnes, dokumen2 penting yang terlibat dalam satu2 urusniaga, buat pricelist, quotation, dan sebagainya.

Harapan haku moga tahun baru ini bakal membawa sinar baru dalam semua aspek hidup haku, tak kira pada ladang hanggur, ladang huren dan ladang hepel yang haku usahakan.. Bior la haku merasa susah dulu awal2 nih.. moga nnt bila dah senang haku tak lupa diri.. semoga haku bakal tabah menghadapi segala kesusahan akan datang.. yang penting haku tak nyusahkan orang.. haku tak buat orang sakit hati.. tu je..

Selamat datang 2005.. Selamat tinggal 2004..

carrotsusu at 1:50 PM

Layout * shadowmist