![]() | |
Profile ![]()
NetNick : carrotsusu Archives 10/01/2004 - 11/01/2004 11/01/2004 - 12/01/2004 12/01/2004 - 01/01/2005 01/01/2005 - 02/01/2005 02/01/2005 - 03/01/2005 03/01/2005 - 04/01/2005 04/01/2005 - 05/01/2005 05/01/2005 - 06/01/2005 06/01/2005 - 07/01/2005 07/01/2005 - 08/01/2005 08/01/2005 - 09/01/2005 09/01/2005 - 10/01/2005 10/01/2005 - 11/01/2005 11/01/2005 - 12/01/2005 01/01/2006 - 02/01/2006 02/01/2006 - 03/01/2006 05/01/2006 - 06/01/2006 06/01/2006 - 07/01/2006 12/01/2006 - 01/01/2007 02/01/2007 - 03/01/2007 08/01/2007 - 09/01/2007 09/01/2007 - 10/01/2007 10/01/2007 - 11/01/2007 12/01/2007 - 01/01/2008 02/01/2008 - 03/01/2008 03/01/2008 - 04/01/2008 04/01/2008 - 05/01/2008 06/01/2008 - 07/01/2008 08/01/2008 - 09/01/2008 09/01/2008 - 10/01/2008 10/01/2008 - 11/01/2008 12/01/2008 - 01/01/2009 Carian Google Links 2advanced.com yugop.com UPSI / UUM Animesuki Naruto info Torrentreactor.net downloadanime.org mirkx.com Anime Skies ISO Linux OS news fairytalesshoppe
Tagboard
Kawan2 blogger winterwish | d.a.l.e bublewarp | zampeada buha | apairudin sayang | nonoi | mala umi-harris-ayah GG | FTS
Virusometer Lawatan kawan2 tengah melawat. Credits Engine by Blogger Edited by carrotsusu Shoutbox by Shoutmix Helps/Idea from kawan2 BDN ![]() ![]() Quotes |
Friday, January 28, 2005 [Condition : Still bz.. bila nak free nih?]
LONDON: Kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka, menurut satu laporan baru yang disiarkan akhbar The Telegraph. Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat dikesan oleh pengimbas otak. Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian. Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang. Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematian. Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah berakhir 16 minggu lalu. Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu kecewa dengan perpisahan mereka. Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit mengenai bekas teman lelaki dan suami. Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai orang lain. Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai hubungan cinta mereka yang sudah putus. Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca kemurungan. Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding lelaki. - Agensi P/S : Artikel ni haku dapat daripada email yang tidak haku ketahui kevaliditiannye.. dan haku kurang paham isi kandungannye.. apa masalah sebenarnya bila sel otak kurang berxtvt?.. adakah pada tahap yang paling teruk boleh menyebabkan kemerengan atau sebagainya? Kalo setakat kemurungan.. mmg la murung.. semua orang akan murung kalo frust bercinta.. betul tak? Lain la kalo mmg dah biasa putus dsb nye nih.. pada "org2" macam ni takde hal la.. bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".. Entahlah.. |
Layout * shadowmist |