Profile
NetNick : carrotsusu Archives 10/01/2004 - 11/01/2004 11/01/2004 - 12/01/2004 12/01/2004 - 01/01/2005 01/01/2005 - 02/01/2005 02/01/2005 - 03/01/2005 03/01/2005 - 04/01/2005 04/01/2005 - 05/01/2005 05/01/2005 - 06/01/2005 06/01/2005 - 07/01/2005 07/01/2005 - 08/01/2005 08/01/2005 - 09/01/2005 09/01/2005 - 10/01/2005 10/01/2005 - 11/01/2005 11/01/2005 - 12/01/2005 01/01/2006 - 02/01/2006 02/01/2006 - 03/01/2006 05/01/2006 - 06/01/2006 06/01/2006 - 07/01/2006 12/01/2006 - 01/01/2007 02/01/2007 - 03/01/2007 08/01/2007 - 09/01/2007 09/01/2007 - 10/01/2007 10/01/2007 - 11/01/2007 12/01/2007 - 01/01/2008 02/01/2008 - 03/01/2008 03/01/2008 - 04/01/2008 04/01/2008 - 05/01/2008 06/01/2008 - 07/01/2008 08/01/2008 - 09/01/2008 09/01/2008 - 10/01/2008 10/01/2008 - 11/01/2008 12/01/2008 - 01/01/2009 Carian Google Links 2advanced.com yugop.com UPSI / UUM Animesuki Naruto info Torrentreactor.net downloadanime.org mirkx.com Anime Skies ISO Linux OS news fairytalesshoppe
Tagboard
Kawan2 blogger winterwish | d.a.l.e bublewarp | zampeada buha | apairudin sayang | nonoi | mala umi-harris-ayah GG | FTS
Virusometer Lawatan kawan2 tengah melawat. Credits Engine by Blogger Edited by carrotsusu Shoutbox by Shoutmix Helps/Idea from kawan2 BDN Quotes |
Wednesday, April 27, 2005 Tadi melawat ke blog member2.. melawat ke blog nazeq dan membaca mengenai personaliti seseorang mengikut darah, yang aku rasa didapatinya daripada email.. (betul ke?) Aku berdarah panas berjenis B+. Sedikit komen mengenai manusia berdarah B. Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirianAda yang kena dan ada yang tak kena. Kadang2 coretan2 seperti ini membantu kita mengenali diri sendiri. Maksud aku, mengenal keunikan diri sendiri. Bagus kan? :D Friday, April 22, 2005 [Condition : sian kat blog.. lame beno tak terhapdet..] AMARAN : Posting kali ni membosankan, rasa nak baca? baca la.. Terlalu banyak manusia yang membicarakan tentang sahabat dan persahabatan. Tentang aktiviti yang dilakukan bersama. Tentang hidup yang gembira bersama sahabat. Tentang hidup yang berduka kerana persahabatan. Tentang pengkhianatan dalam persahabatan. Pada yang cekap dan bijak menulis. Cerita persahabatan mereka mmg cukup hebat. Aktiviti yang dilakukan bersama cukup meriah. Aktiviti yang bosan pun mampu diceriakan dengan teknik penceritaan flash back, monolog, ingat2 lupa. Mereka memang hebat. Mereka boleh jadi blogger super. Ya, mereka memang mampu. Sebab mereka tidak mengakhirkan perkataan mereka dengan 3 titik. Semalam, sewaktu di cc, Tg Malim, ditengah kebosanan, aku bertanyakan kepada encik Google tentang "pantun kejujuran". Dalam pelayaran pada paparan di dada encik Google, aku tersua dengan satu blog, milik seorang student IIUM. Pemilik blog itu bernama wardah_iium. Tapi aku bukan mementingkan tuannya, aku mementingkan isi blog nya. Aku tertarik pada posting bertarikh 11 Mac, nasihat Imam Syafie mengenai persahabatan.
Seorang Imam yang dikagumi. Imam Syafie.. mencintai sahabatnya seperti mencintai sanak saudaranya. Aku perlu belajar lagi erti persahabatan. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.Ini jelas. Mmg jelas. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Ya, lebih baik menyendiri daripada bertemu sahabat sebegini. Aku juga suka menyendiri bila diri dilanda duka. Aku tak mau kene gelak. Aku tak mau diketawakan. Apa yang aku harapkan, agar aku boleh berjumpa seorang sahabat yang boleh bersusah senang dengan aku. Kalau diperkenankan, aku akan setia. Aku seorang yang setia. Aku kenal diri sendiri. Nasib baik aku tak jadi askar. Kalau aku jadi askar, aku akan jadi seorang askar yang terbaik. Sebab aku setia. Saturday, April 16, 2005 [Condition : Terpaksa membizikan diri] Tender D**L : 20hb April Thesis Submission : Before May Tender K*N : Bakal di beli Kalut.. cukup kalut.. sampai hari ni hari hape pun haku tak hingat.. pukul berape nak makan nasik? pukul berapa nak balik rumah? Bila masa nak troubleshoot PC? Bila masa nak troubleshoot phone system? Line 5 tak clear? Macam mana aku nak buat? Tayar belakang bunyi anak burung makin kuat.. Macam mana nak buat? Buat mana sempat.. tapi sume tak menyempat-nyempat.. sume nak cepat.. sume cemas.. sume kalut.. mana nak kejar.. mana nak lari.. Dulu selalu dengar orang sembang kemas.. kat sini aku dengar orang sembang cemas.. cemasnya.. Penat?.. Mmg penat. Taktik haku salah. Langkah aku pincang. Semakin pincang. Tapi aku tak mau kalah. Aku tak mau kalah. Aku dah kalah 1 game. Kalau aku kalah game ni aku kalah semuanya. Aku tak mau kalah. Aku akan capitalize sume yang aku ada untuk aku menang. aku mau menang. Aku dah tak pedulik hape dah.. aku mau menang.. AKU MAU MENANG!! Thursday, April 14, 2005 :: Patience :: GnR :: Friday, April 08, 2005 [Condition : Ngantuk..] Masa untuk haku menulis semakin lama semakin takde.. keje terlalu banyak dan byk pihak yang memerlukan komitmen daripada haku.. hampir seminggu jugak tak bersentuh blog nih.. sian die.. Hari ni haku nak masukkan gambo2 sewaktu bergentayang dengan encik adq890 di putrajaya tempoh hari.. enjoy.. Sinaran lampu limpah (lampu sulu dr bwh, kat belah atas ada cermin untuk biasan) Tiang lampu jalan (pattern 1) Tiang lampu jalan (pattern 2) Ni tiang lampu ke.. kubu? Haku kurang pasti.. Ada byk lagi sebenarnya pattern tiang lampu kat putrajaya.. ni je yang sempat di snap, actually ada byk lagi.. tapi gambo tak berapa jadi.. tgn gegar masa amik gambo.. wehehe :p Friday, April 01, 2005 [Condition : malam tadi tak bole tido, siang kemamaian..] Malam tadi balik kol 10.30.. tu pun selepas Mat G call.. ajak pegi umah Shuk.. minum2.. kenal2 umah member yang dekat2.. Layan punya layan punya layan minum kat kedai mamak, tak sedar dah pukul 12 lebih.. byk jugak yang disembangkan.. kisah suka duka.. paling hangat ialah berita Shuk nak kawen.. 5 Jun 2005 kat Pahang.. Mat G skrg ni pun dah isap rokok.. Don't be surprised ye Joy, i'm a smoking man now.. katanya.. uish.. bior benar si Mat G ni.. die isap rokok L*M.. dan sebelum ni die cakap die isap rokok D*nh*ll.. aku plak isap rokok M*rlboro light 14.. antara dialog2 yang takleh lupa malam semalam.. Aku ngan Shuk gelak2.. sambil aku memanggil mamak.. order M*rlboro light 14 lagi 1, kotak yang ke-3 untuk hari nih.. Mat G : Kalo D*nh*ll ko tau apa maksud die?.. Aku ngan Shuk gelak2 lagi.. pastu Shuk plak tanya haku.. Shuk : Kalo M*rlboro ko tau apa maksudnya Joy?.. Ceh.. termasuk jugak unsur biru dalam blog nih.. Kuiz ni idea dari blog niknazlyne |
Layout * shadowmist |