Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Friday, May 27, 2005

[Condition : Explore timeeee.. :)]


Salah satu bangunan di Putrajaya.

Penghantaran gambar ke blog menggunakan perisian percuma picassa dan hello daripada Google. Takyah pakai image server lain lagi. Untuk gambar, terima kasih kepada kamera nokia "remote aircond" cik iena. Entah hape nama tah bangunan nih. Haku tak pasti.

carrotsusu at 3:23 PM

Tuesday, May 24, 2005

[Condition : kering duit, kering lah idea..]

Komait said :
Sayangi sebuah perkenalan,
Kerana di situ terciptanya kemesraan,
Kenangi sebuah perhubungan,
Kerana di situ tercipta kerinduan,
Hargai kedua-duanya,
Kerana itu lah rahmat Tuhan.
RHD said :
Hargailah sebuah perpisahan,
Kerana di situ terciptanya kebangkitan,
Kenangilah sebuah penderitaan
Kerana di situ terciptanya kehidupan
Harungilah kedua-duanya
Kerana itulah rahmat dan ujian Ilahi..
ADQ890 said :
Roda hidup kan terus berputar,
Masa tuakan terus mengejar,
Usah terlalu berpaut dengan yang lalu,
Biarkan disitu...
Carrot said :
Errr.. emm.. err.. ermm..
err.. emm.. mende ekk..?
errr.. takde idea maaaa..


carrotsusu at 1:31 PM

Thursday, May 19, 2005

[Condition : ish.. eksiden lagi.. :(]

Tahniah AEK! anda berjaya mengeksiden kan tuan anda sekali lagi. Eksiden kedua dalam masa tak sampai 5 bulan.. TAHNIAH!

Laporan :

Pada 18/5/2005, jam 6.45pm, dalam perjalanan dari TTDI ke Serdang, saya membawa motokar AEK7*26 (Iswara Hitam). Di lebuhraya spr*nt, berhadapan dengan East*n Hotel, saya telah melanggar belakang motokar XOIC6*3 (Waja Hitam). Perlanggaran disebabkan lampu belakang kereta tersebut tidak menyala. Kerosakan pada AEK7*26 ialah pada bumper hadapan, bonet hadapan, kedua2 lampu hadapan, radiator, dan kotak gear. Lain2 kerosakan masih dalam siasatan.

Pemandu tidak mengalami sebarang kerosakan, samada kerosakan mental, ataupun fizikal. Cuma kerosakan yang dirasakan berat adalah pada poket pemandu. Pemandu terpaksa membayo saman. Duit pemandu abih kat saman je skrg nih. Hampaihs!

Akan tetapi pemandu tidaklah berasa frust sgt. Cuma frust disebabkan slps ni takde transpot. Patah kaki la 2-3 bulan. Tahniah pemandu! Pemandu juga menganggap sume kejadian ini sebagai kifarah dari Allah je. Buat penghapus dosa2 yang bertimbun banyaknye nih. Insaflah kamu wahai pemandu!

Kelajuan membunuh! kalo tak membunuh anda, ia bakal membunuh poket anda!

Berikut adalah saman yang dikeluarkan :

Image hosted by Photobucket.com

Saman yang dikeluarkan, mesti setel sblm 10/7/2005. TAHNIAH!

carrotsusu at 11:15 AM

Friday, May 13, 2005

[Condition : kekeringan.. (tu la, apsal belanja tak berbajet..) :p]

Oii!!.. hapdet2..

Lama gila tak terhapdet blog nih.

Malam tadi, walaupun dalam keadaan kekeringan, sempat lagi merewang dengan adq890 dan Cackyborg@terrakun (Cackyborg adalah dari spesis manusia ye..). Cadangan asal oleh Cackyborg disebabkan oleh keadaan dirinya yang mengalami sindrom keboringan yang melampaui batas kemanusiaan.

Cackyborg : Mati kutu betul aku malam ni, tak tau nak buat apa kat rumah sorang2. Sampaikan kutu aku pun cakap.. "keluar la din, kalo idak mati aku duk kat umah nih.."

Kata Cackyborg penuh perasaan. Baru aku tau malam tadi, Cackyborg punyai satu kebolehan istimewa, dia mampu berkomunikasi dengan kutunya.. wehehehe :p

Aku sebagai seorang kawan yang baik lagi hensem pun terus melayan perasaan keboringan Cackyborg yang melampau itu dengan menemankan die berjalan2 di luar rumah.

Seperjalanan ke rumah adq890, dalam kereta Cackyborg, kitorang sama-sama berkaraoke lagu2 popular kumpulan Alleycats. Lagu yang kerap diulang-ulang ialah lagu Gerimis Senja. Sedap woh lagu nih..
Gerimis Senja (Alleycats)

Ku terpegun di jendela
Bila hujan gerimis senja
Tak ku hirau di hadapanku
Aku dalam lamunan

Tiada lain yang kubayangkan
Hanya peristiwa itu
Dosa2 yang ku lakukan
Tetap mengganggu batin

Tanya ku pada diri
Apakah ini semua
Cubaan belaka..

Kesal ku tak berakhir
Menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara..

Aku cuba menyatukan semua
Harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbinglah diriku
Agar kesal ku hilang..

Gerimis sungguh mencengkam
Tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh2 tak ku menduga
Hingga jadi begini..
Sampai kat rumah adq890, lepak2 kejap, buat2 lawak, dan terus jalan2 di Putrajaya. Tgk lampu.

Pastu Cackyborg lapar, makan kat Serdang, borak2, pastu Cackyborg anto aku balik. Sampai kat rumah pukul 2 pagi.

Dan pagi tadi subuh ku kantoi lagi.. huhuhuhu :p

carrotsusu at 2:16 PM

Friday, May 06, 2005

[Condition : bz mencari mende yang takde kat Malaysia nih]

Tgh bz2 pun, sempat lagi nak hapdet blog, wehehehe.. kalo bos nampak mampus haku.

Kat bawah adalah gambar meter haku masa memecut laju kat hiway daripada Sintok ke Alor Setar, masa aku ke UUM itu hari. Meter tu sebenarnye dah ringan, kelajuan sebenar masa tu aku rasa dalam 150 hingga 160 km/j.

Image hosted by Photobucket.com
Kelajuan sebenar : 150 km/j

Kelajuan ini terhasil akibat kereta yang dipandu oleh haku telah dicantas secara kurang hajar oleh seorang pakcik yang membawa nissan sunny. Akibat terbakar hasil aksinya itu aku terus mencucuk hangin dibelakang keretanya dan terus memotongnya tanpa belas kasihan, hanya meninggalkan asap saja dibelakang. Tq kepada kamera Mon yang digunakan untuk merakam gambar ini.

Image hosted by Photobucket.com
Kelajuan sebenar : 160 km/j

carrotsusu at 4:57 PM

Thursday, May 05, 2005

[Condition : Apasal dengan haku ni ha?..]

adq890 : Hari ni tarikh cantik la..
haku : Ngape?
adq890 : Ye la.. kan hari ni 05.05.05
haku : Ha ah la.. ala..
adq890 : Ngape ko mengeluh?
haku : Ko mengingat kan aku peristiwa lama la..

Cis, harun punya adq890. Dia mengingatkan kepada satu dialog dengan sahabatku Amirul Ikhsan pada akhir tahun 2003.

mirul : Joy, hang bila cadang2 nak kawen?
haku : Aku cadang2 tahun 2005 la, tgh tahun depan nak tunang, 2005 kawen la kot.
mirul : oooo, 2005 tu bile?
haku : Entah, haku tak bajet plak pasal tu. Tapi dia nak hujung atau awal tahun, dan dalam keadaan sume ahli keluarga dia free. Time cuti skolah pun bleh jgak katanya.
mirul : Ha.. aku cadang kat ko satu tarikh yang besh punyer untuk kawen nih. Apa kata ko buat 25/05/2005. Cantik woo tarikh tu..
haku : Huish, ok gak tu. Nnt haku bincangkan dengan dia.

Dan hari2 seterusnya selepas itu berbunga dengan harapan yang menggunung. Utk menjadi seorang lelaki yang bertanggung jawab, utk menukar status kepada seorang lelaki yang boleh diharap, yang boleh dipakai. Hati rasa tenang, ada matlamat yang ingin dicapai.

Sekarang, suda selesai. Yang tinggal hanya kenangan pahit yang mematangkan.

ps : haku teringat sebab ada kombinasi 5,5, dan 5 tuh. entah la, time pening2, sibuk2 cenggini dok teringat je. hampaihs..

carrotsusu at 10:00 AM

Tuesday, May 03, 2005

[Condition : fikiran bercelaru, rasa gundah]

Haku mmg bebetul takde idea nak tulih hape sekarang. Fikiran bercelaru, hati gundah rasa bersalah. Pening. Jiwa kacau, dan sebagainya lah.

Maafkan aku :(

carrotsusu at 3:26 PM

Layout * shadowmist