:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::
Saturday, July 30, 2005
[Condition : Aku mau perubahan! Reformasi!..]
Hidup ni, kalau takde sebarang sebarang perubahan, takkan jadi menarik. Perubahan dalam diri seorang manusia perlu bermula dengan azam individu itu sendiri, bukan bermula dengan desakan individu lain. Individu lain dan persekitaran hanya boleh menjadi factor penggalak atau factor ilham perubahan diri seseorang.
Hidup yang rutin memang membosankan. Bagi kuli seperti haku, perubahan adalah sangat penting sebagai factor penghapus kebosanan. Dalam kepala haku sentiasa berfikir untuk mencari satu aktiviti yang melanggar rutin harian. So 2-3 minggu lepas aku terfikir untuk proceed 1 plan aku dari tahun lepas lagi, plan yg hampir aku terlupa. Aku nak buat kajian atas diri aku sendiri. Berikut adalah proposal kajian :
Proposal kajian :
Kajian amalan berpuasa ke atas diri haku sendiri.
Pernyataan masalah :
Ibadat semakin kurang, semakin malas, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat memperbaiki amal ibadat haku yang compang camping ini?
Masalah kewangan yang tak pernah selesai, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat memperbaiki penggunaan sumber kewangan haku yang macam tak terurus ini?
Masalah kegemukan, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat mengurangkan berat badan haku kepada BMI yang seimbang?
Masalah hisap rokok, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat menghapuskan tabiat merokok dalam diri ini?
Objektif :
Menilai kesan berpuasa ke atas diri haku sendiri. Parameter kesan yang dikaji berkisar pada 4 faktor yang terlibat, amal ibadat, kewangan, BMI, dan rokok..
Metodologi :
Kajian akan dibuat dalam bentuk eksperimen terhadap diri sendiri.
Tempoh kajian ialah 3 bulan (12 minggu), Rejab, Syaaban, dan Ramadhan (tidak termasuk hari tasyrik (ada ke hari tasyrik dlm 3 bulan ni? Entahla..)). 1 Rejab adalah jatuh pada 6hb Ogos 2005.
Pemerhatian secara kualitatif dan kuantitatif akan dijalankan setiap minggu ke atas diri haku sendiri.
Berat badan akan ditimbang setiap pagi selepas bangun subuh dalam tempoh kajian. Purata berat akan diambil setiap minggu.
Penggunaan kewangan setiap hari akan direkodkan bermula dari tempoh kajian. Jumlah dan purata penggunaan kewangan setiap minggu akan diambil setiap minggu.
Amal ibadat, hanya Allah dapat menilainya. Seperti biasa, haku akan mencuba yang terbaik.
Hasilan atau output kajian aku akan cuba tulis dari semasa ke semasa dalam blog ni, untuk rekod aku, untuk pengalaman dan pengajaran buat aku.
Laporan untuk kajian ini akan disediakan. Tarikh siap laporan adalah 1 minggu dari tarikh akhir 29 Ramadhan atau 2 Nov 2005.
Skop dan limitasi kajian :
Kajian ini adalah valid kepada diri aku sahaja, tidak mewakili mana2 organisasi ataupun populasi.
Signifikan dan motivasi kajian :
Signifikan :
Berkisar tentang factor ibadat, kewangan, BMI, dan rokok.. Kalau dulu aku berubah bertitik tolak dari factor kekecewaan yang teramat sangat, kini aku cuba untuk berubah menggunakan faktor2 yang lebih realistic. Persediaan telah dibuat, contohnya, untuk factor rokok, aku dah berubah daripada yang keras kepada yang light, daripada kotak besar gedegang, kepada kotak kecik. Untuk factor pemakanan, aku sedang membiasakan makan nasi hanya sehari sekali, sampai 6 Ogos ni aku biasakan tak makan nasi tengahari (makan roti alas perut je). Pada kawan2 yang terasa akibat perubahan yang telah pun berlaku, bukan maksud aku nak menjauh diri, jauh sekali nak menjauh hati, jauh sekali akibat kehadiran factor luaran yang menggembirakan. Aku dah plan mende ni dari puasa tahun lepas lagi. Bagi sesetengah pihak maybe mende yang nak aku buat ni remeh temeh, tapi bagi diri aku yang nak menjayakannya nih, hehehe.. aku rasa korang paham, manyak susah woh mau tekan ini nafsu.. wehehehe. Pada sesiapa yang nak memperlekehkan usaha haku,
Frankly, my dear, I don't give a damn (zampeada, 2005).
Aku takde hak nak tutup orang lain punya mulut, buang masa aku je.
Motivasi :
Aku cuba nak berubah, demi untuk mencapai segala planning jangka masa panjang aku dalam masa yang lebih singkat. Lagi 105 hari aku 27 tahun. Masa aku letak counter hari kat sebelah kiri blog ni, umur aku lagi 220 hari ke 27 tahun, pejam celik, sudah 115 hari berlalu, kejap je aku rasa tempoh masa 4 bulan tuh. Kita semua dapat rasakan, umur dunia semakin singkat. Umur kita apatah lagi. Allah dah tunjuk macam2 tanda, tanda kecik dah lama ada, tanda besar semakin banyak.. lagi mau main2 ka.. haiya..
Sumbangan :
Kajian ni takde sumbangan kepada badan ilmu. Kajian ini adalah untuk aku, pengalaman aku, pemerhatian aku, pengajaran buat aku.
Aku harap kajian ini dapat menghasilkan output (aku le tu..) yang baik. Amin..
Nota kaki berbau : Aku buat ni ikut petua Dato Dr Fadzilah Kamsah, (Rujuk posting 29/7/2005, petua menerobos sempadan diri no 4.), iaitu membentuk matlamat yang jelas. Tulis atas kertas (jaman skrg ni mana ada orang tulis atas kertas dah.. huhuhu..) blog.
carrotsusu at 8:56 AM
Friday, July 29, 2005
[Condition : Ngantuknya..]
Mungkin ramai yang dah mendengar ceramah dari Dato Dr Fadzilah Kamsah ni. Cuma nak berkongsi apa yang aku dengar dari ceramahnya. Memang seswai sangat ceramah ni didengo untuk seseorang yang tgh gigih betulkan diri sendiri. Berikut kupasan haku sendiri daripada ceramah menerobos sempadan diri. Kalau ada yang tertinggal boleh la komen untuk haku perbetulkan.
Sebab2 mengapa seseorang gagal menerobos sempadan dirinya :
Takut untuk mengaku hebat, takut dikritik sebab mengaku diri hebat. Allah mencipta kita dengan kehebatan untuk menjadi khalifah di bumi. Tetapi kita takut untuk mengaku sebab tak nak dikritik, tak mau pegang tanggung jawab.
Takut untuk dikritik Orang yang mengkritik saya adalah guru saya, orang yang memuji saya adalah musuh saya. Orang yang cemerlang, bersyukur apabila dikritik, beristigfar apabila dipuji. Kita seharusnya secara proaktif minta untuk dikritik.
Takut untuk gagal. Takut untuk berbeza pendapat dengan orang, takut untuk ambil risiko.
Wawasan atau matlamat yang kabur Setiap matlamat yang jelas, mesti ada gambaran dalam kepala. Jangkamasa untuk satu2 matlamat mesti realistik.
Jahil, tak nak cuba untuk belajar. Bentuk budaya dahagakan ilmu individu, keluarga, dan masyarakat.
Kekurangan sumber Cari kawan2, Cari kawan2, Cari kawan2.
Bodoh sombong. Bodoh, tak tau, takde ilmu, tapi tak nak bertanya.
Tak nak satu hati, tak bersatu hati, mementingkan diri sendiri.
Cepat patah semangat. Syaitan tak pernah patah semangat untuk menggoda kita ke arah negatif. Kita kena terima ujian Allah untuk cemerlang.
Perasaan cepat untuk dapat hasil. Semua nak cepat. Semua nak shortcut. Usaha sikit, tapi nak hasil yang banyak dalam masa yang singkat.
Ingkar perintah Allah. Kalau perintah Allah pun dilanggar, apatah lagi system yang dibentuk oleh manusia. 3 Hak Allah, Patuh kepada perintahnya, tinggalkan segala larangannya, dan redha segala ketentuannya.
Kurang Berdoa kepada Allah. Lepas usaha kena berdoa, berdoa, berdoa, dan bertawakal.
Petua2 untuk menerobos sempadan diri.
Patuh suruhan Allah.
Doa yang berterusan. 9-10 minit sekali doa selepas solat. (mcm aku manjang nak cepat je.. hish!)
Tidak menggunakan segala kebolehan diri kita yang sebenar.
Bentuk matlamat yang jelas. Tulis atas kertas. Cerita pada orang tersayang. (betul, aku nak buat camni lepas nih..)
Tetapkan piawai. Guna piawai sunnah Nabi.
Mengurus diri, mengurus orang lain, dengan cara yang berkesan. (ni yang aku selalu fail nih..)
Membentuk suasana yang memberangsangkan.
Tolong orang lain dengan ikhlas, selagi mana kita tolong orang lain, Allah akan tolong kita.
Hormati orang lain. Tiada seorang pun dalam dunia tak layak untuk dapat penghormatan orang lain.
Tingkatkan produktiviti. Buat apa pun kerja, buat yang terbaik.
Create connection. Buat kawan yang ramai. Bersahabat dengan semua yang baik2.
Sentiasa positif dan bersangka baik.
Tingkatkan kemahiran berkomunikasi.
Lakukan setiap kegiatan dengan bersemangat.
Kreatif. Ilham untuk bertindak secara lebih cemerlang.
Ikut peraturan dunia. Peraturan adalah untuk kebaikan.
Buat perubahan step by step.
Menangkap peluang dengan secepat yang mungkin. Gunakan peluang dengan sebaiknya.
Sentiasa ceria. Sentiasa senyum.
Menjadi seorang yang pemaaf. Cuba untuk maafkan orang lain. Maafkan semua orang lain sebelum tidur. (Ni yg aku lemah nih, aku ni pendendam orgnya..)
Muhasabah diri.
carrotsusu at 9:20 AM
Friday, July 22, 2005
[Condition : i'm lost..]
Duduk diam, bz, berhibur, buat keje, buat tesis, balik rumah, chating, main boling.
Tak kisah ape pun yang dibuat, masa tetap berjalan. Masa tak pernah berhenti. Masa tak pernah tunggu kita.
Aku selalu hilang. Hilang track masa. Lost track of time.
Kejap je habih sehari Kejap je habih seminggu Kejap je habih sebulan Kejap je habih setahun Kejap je habih..
Perasan tak perasan, pejam celik mata.. sekejap je semuanya. Ada orang kata, kita akan merasa macam lama sangat, bila kita dalam keadaan menunggu. Ooo.. agaknya aku tak menunggu atau mengharap apa2 kot. Tu sebab aku tak terasa lama. Tu sebab aku rasa macam semuanya kejap je.
Selalu jugak, dengar orang selalu cakap, tak kisah la masa tu kita rasa cepat ke idak, persoalan yang penting adalah apa yang kita dah capai selama ni. Apa yang boleh kita banggakan sepanjang sesuatu tempoh. Ermmm.. setakat ni, apa pencapaian aku? Apa yang boleh aku banggakan?
Aku nak biarkan blog ni jadi blog kulit babi. Membiarkan persoalan tak berjawab. Sebab aku pun malas nak pikir jawapannya.
carrotsusu at 12:47 PM
Wednesday, July 20, 2005
[Condition : kebizian itu sudah menjadi makanan.. :p]
Lagu ini tiada kaitan dengan yang hidup atau pun dengan yang mati. Aku suka dengo lagu ni yang baru didownload dari mp3000. Layan gak la lagu nih. Korang tak layan?.. sukati korang la.. wehehehe :p
Lonely No More - Rob Thomas
Now it seems to me That you know just what to say Words are only words Can you show me something else Can you swear to me that you'll always be this way Show me how you feel More than ever baby
I don't wanna be lonely no more I don't wanna have to pay for this I don't want to know the lover at my door Is just another heartache on my list
I don't wanna be angry no more You know I could never stand for this So when you tell me that you love me know for sure I don't want to be lonely anymore
Now its hard for me with my heart still on the mend Open up to me, like you do your girlfriends And you sing to me and it's harmony Girl, what you do to me is everything Make me say anything; just to get you back again Why can we just try
I don't wanna be lonely no more I don't wanna have to pay for this I don't want to know the lover at my door Is just another heartache on my list
I don't wanna be angry no more You know I could never stand for this So when you tell me that you love me know for sure I don't want to be lonely anymore
What if I was good to you, what if you were good to me What if I could hold you till I feel you move inside of me What if it was paradise, what if we were symphonies What if I gave all my life to find some way to stand beside you
I don't wanna be lonely no more I don't wanna have to pay for this I don't want to know the lover at my door Is just another heartache on my list
I don't wanna be angry no more You know I could never stand for this So when you tell me that you love me know for sure I don't want to be lonely anymore
I don't wanna be lonely anymore..
carrotsusu at 11:46 PM
Wednesday, July 13, 2005
[Condition : letih tak habih lagi..]
Dengar dari radio blog hikaru, lagu ni dah lama kot, aku je yang baru minat. Layan je la..
**Lagu ni tak de kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati, aku suka lagu ni, aku letak lirik kat sini sebab senang aku nak nyanyi masa dengo lagu kat radio blog hikaru. Sekian terima kasih.
**Pupus - Dewa
Aku tak mengerti.. apa yang kurasa, Rindu yang tak pernah.. begitu hebatnya, Aku mencintai mu lebih dari yang kau tahu,
Meski kau tak akan pernah tahu..
Aku persembahkan.. hidupku pada mu(ish.. cam takleh nyanyi baris nih) Telah kurelakan hati ku pada mu, Namun kau masih bisu.. diam seribu bahasa,
Dan hati kecilku bicara..
Baru kusedari, Cintaku bertepuk sebelah tangan, Kau buat remuk.. seluruh hatiku,
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku, Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kau pun mau,
Aku mencintaimu.. lebih dari yang kau tahu,
Meski kau tak akan pernah tahu..
carrotsusu at 2:08 PM
Friday, July 08, 2005
[Condition : Bz gile, tapi sempat hapdet blog.. huahuahuahua :p]
Blog ni sudah dihapdet dengan RssFeed dan Google Adsense.
Aku feed berita-berita terkini dunia IT daripada Neowin.net. Banyak artikel2 berguna kat situ. Rajin2 kan la baca ye pada sume kawan2 ku yang bergelumang dengan dunia IT.. eceh..
Google Search macam biasa la, untuk terus cari menggunakan serach engine encik Google. Google adsense tu kalo nak cari mende2 yang encik Google advertise, kira macam tolong encik Google la nih. Bagus woo tolong encik Google, nanti encik Google tolong kita balik.
Bebawak la udah.. pegi la sambung baca balik tesis tu buat kali yang.. err.. haku pun dah tak hingat berape kali. Penin2.
carrotsusu at 10:43 AM
Monday, July 04, 2005
[Condition : bz gile.. musti bz..]
Sempat lagi nak hapdet blog tuh.. herm.. ape la nak jadi ngan haku nih.
Alhamdulillah, semalam sempat jugak 2-3 jam buat keje research. Malam ni sambung dan sambung lagi. Sampai settle. Aku malas nak present. Malas sungguh.
Kalo kata 14hb kene present, ke Sintok jugak la aku lagi. Bila masa plak nak prepare slide nye?
Haku harap kalo haku hantar 9-10hb ni, haku nnt takyah la lagi nak present progress. Kene consult dengan En S*ki la camnih. Harap2 En S*ki backing haku.
Dulu jarang2 En. S*ki backing haku. Sekarang alhamdulillah, die mula encourage haku untuk teruskan pengajian. Rasa cam malaih. Tapi kita kene balas kepercayaan orang pada kita. Thanks untuk En S*ki, Prof A*b, En Shak*r*n, En Sah*bar dan En Az*i UPSI. Diorang byk tolong haku masa aku tgh network down dulu. Thanks.
Ape2 hal, hidup mesti trus.. kirja kena buat.. Gaji mau masyuuukkkk!!