Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Friday, July 29, 2005

[Condition : Ngantuknya..]

Mungkin ramai yang dah mendengar ceramah dari Dato Dr Fadzilah Kamsah ni. Cuma nak berkongsi apa yang aku dengar dari ceramahnya. Memang seswai sangat ceramah ni didengo untuk seseorang yang tgh gigih betulkan diri sendiri. Berikut kupasan haku sendiri daripada ceramah menerobos sempadan diri. Kalau ada yang tertinggal boleh la komen untuk haku perbetulkan.

Sebab2 mengapa seseorang gagal menerobos sempadan dirinya :

  1. Takut untuk mengaku hebat, takut dikritik sebab mengaku diri hebat.
    Allah mencipta kita dengan kehebatan untuk menjadi khalifah di bumi. Tetapi kita takut untuk mengaku sebab tak nak dikritik, tak mau pegang tanggung jawab.
  2. Takut untuk dikritik
    Orang yang mengkritik saya adalah guru saya, orang yang memuji saya adalah musuh saya. Orang yang cemerlang, bersyukur apabila dikritik, beristigfar apabila dipuji. Kita seharusnya secara proaktif minta untuk dikritik.
  3. Takut untuk gagal.
    Takut untuk berbeza pendapat dengan orang, takut untuk ambil risiko.
  4. Wawasan atau matlamat yang kabur
    Setiap matlamat yang jelas, mesti ada gambaran dalam kepala. Jangkamasa untuk satu2 matlamat mesti realistik.
  5. Jahil, tak nak cuba untuk belajar.
    Bentuk budaya dahagakan ilmu individu, keluarga, dan masyarakat.
  6. Kekurangan sumber
    Cari kawan2, Cari kawan2, Cari kawan2.
  7. Bodoh sombong.
    Bodoh, tak tau, takde ilmu, tapi tak nak bertanya.
  8. Tak nak satu hati, tak bersatu hati, mementingkan diri sendiri.
  9. Cepat patah semangat.
    Syaitan tak pernah patah semangat untuk menggoda kita ke arah negatif. Kita kena terima ujian Allah untuk cemerlang.
  10. Perasaan cepat untuk dapat hasil.
    Semua nak cepat. Semua nak shortcut. Usaha sikit, tapi nak hasil yang banyak dalam masa yang singkat.
  11. Ingkar perintah Allah.
    Kalau perintah Allah pun dilanggar, apatah lagi system yang dibentuk oleh manusia. 3 Hak Allah, Patuh kepada perintahnya, tinggalkan segala larangannya, dan redha segala ketentuannya.
  12. Kurang Berdoa kepada Allah.
    Lepas usaha kena berdoa, berdoa, berdoa, dan bertawakal.

Petua2 untuk menerobos sempadan diri.

  1. Patuh suruhan Allah.
  2. Doa yang berterusan. 9-10 minit sekali doa selepas solat. (mcm aku manjang nak cepat je.. hish!)
  3. Tidak menggunakan segala kebolehan diri kita yang sebenar.
  4. Bentuk matlamat yang jelas. Tulis atas kertas. Cerita pada orang tersayang. (betul, aku nak buat camni lepas nih..)
  5. Tetapkan piawai. Guna piawai sunnah Nabi.
  6. Mengurus diri, mengurus orang lain, dengan cara yang berkesan. (ni yang aku selalu fail nih..)
  7. Membentuk suasana yang memberangsangkan.
  8. Tolong orang lain dengan ikhlas, selagi mana kita tolong orang lain, Allah akan tolong kita.
  9. Hormati orang lain. Tiada seorang pun dalam dunia tak layak untuk dapat penghormatan orang lain.
  10. Tingkatkan produktiviti. Buat apa pun kerja, buat yang terbaik.
  11. Create connection. Buat kawan yang ramai. Bersahabat dengan semua yang baik2.
  12. Sentiasa positif dan bersangka baik.
  13. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi.
  14. Lakukan setiap kegiatan dengan bersemangat.
  15. Kreatif. Ilham untuk bertindak secara lebih cemerlang.
  16. Ikut peraturan dunia. Peraturan adalah untuk kebaikan.
  17. Buat perubahan step by step.
  18. Menangkap peluang dengan secepat yang mungkin. Gunakan peluang dengan sebaiknya.
  19. Sentiasa ceria. Sentiasa senyum.
  20. Menjadi seorang yang pemaaf. Cuba untuk maafkan orang lain. Maafkan semua orang lain sebelum tidur. (Ni yg aku lemah nih, aku ni pendendam orgnya..)
  21. Muhasabah diri.



carrotsusu at 9:20 AM

Layout * shadowmist