Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Saturday, July 30, 2005

[Condition : Aku mau perubahan! Reformasi!..]

Hidup ni, kalau takde sebarang sebarang perubahan, takkan jadi menarik. Perubahan dalam diri seorang manusia perlu bermula dengan azam individu itu sendiri, bukan bermula dengan desakan individu lain. Individu lain dan persekitaran hanya boleh menjadi factor penggalak atau factor ilham perubahan diri seseorang.

Hidup yang rutin memang membosankan. Bagi kuli seperti haku, perubahan adalah sangat penting sebagai factor penghapus kebosanan. Dalam kepala haku sentiasa berfikir untuk mencari satu aktiviti yang melanggar rutin harian. So 2-3 minggu lepas aku terfikir untuk proceed 1 plan aku dari tahun lepas lagi, plan yg hampir aku terlupa. Aku nak buat kajian atas diri aku sendiri. Berikut adalah proposal kajian :

Proposal kajian :

  • Kajian amalan berpuasa ke atas diri haku sendiri.

Pernyataan masalah :

  • Ibadat semakin kurang, semakin malas, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat memperbaiki amal ibadat haku yang compang camping ini?
  • Masalah kewangan yang tak pernah selesai, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat memperbaiki penggunaan sumber kewangan haku yang macam tak terurus ini?
  • Masalah kegemukan, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat mengurangkan berat badan haku kepada BMI yang seimbang?
  • Masalah hisap rokok, adakah dengan amalan berpuasa akan dapat menghapuskan tabiat merokok dalam diri ini?

Objektif :

  • Menilai kesan berpuasa ke atas diri haku sendiri. Parameter kesan yang dikaji berkisar pada 4 faktor yang terlibat, amal ibadat, kewangan, BMI, dan rokok..

Metodologi :

  • Kajian akan dibuat dalam bentuk eksperimen terhadap diri sendiri.
  • Tempoh kajian ialah 3 bulan (12 minggu), Rejab, Syaaban, dan Ramadhan (tidak termasuk hari tasyrik (ada ke hari tasyrik dlm 3 bulan ni? Entahla..)). 1 Rejab adalah jatuh pada 6hb Ogos 2005.
  • Pemerhatian secara kualitatif dan kuantitatif akan dijalankan setiap minggu ke atas diri haku sendiri.
  • Berat badan akan ditimbang setiap pagi selepas bangun subuh dalam tempoh kajian. Purata berat akan diambil setiap minggu.
  • Penggunaan kewangan setiap hari akan direkodkan bermula dari tempoh kajian. Jumlah dan purata penggunaan kewangan setiap minggu akan diambil setiap minggu.
  • Amal ibadat, hanya Allah dapat menilainya. Seperti biasa, haku akan mencuba yang terbaik.
  • Hasilan atau output kajian aku akan cuba tulis dari semasa ke semasa dalam blog ni, untuk rekod aku, untuk pengalaman dan pengajaran buat aku.
  • Laporan untuk kajian ini akan disediakan. Tarikh siap laporan adalah 1 minggu dari tarikh akhir 29 Ramadhan atau 2 Nov 2005.

Skop dan limitasi kajian :

  • Kajian ini adalah valid kepada diri aku sahaja, tidak mewakili mana2 organisasi ataupun populasi.

Signifikan dan motivasi kajian :

Signifikan :

  • Berkisar tentang factor ibadat, kewangan, BMI, dan rokok.. Kalau dulu aku berubah bertitik tolak dari factor kekecewaan yang teramat sangat, kini aku cuba untuk berubah menggunakan faktor2 yang lebih realistic. Persediaan telah dibuat, contohnya, untuk factor rokok, aku dah berubah daripada yang keras kepada yang light, daripada kotak besar gedegang, kepada kotak kecik. Untuk factor pemakanan, aku sedang membiasakan makan nasi hanya sehari sekali, sampai 6 Ogos ni aku biasakan tak makan nasi tengahari (makan roti alas perut je). Pada kawan2 yang terasa akibat perubahan yang telah pun berlaku, bukan maksud aku nak menjauh diri, jauh sekali nak menjauh hati, jauh sekali akibat kehadiran factor luaran yang menggembirakan. Aku dah plan mende ni dari puasa tahun lepas lagi. Bagi sesetengah pihak maybe mende yang nak aku buat ni remeh temeh, tapi bagi diri aku yang nak menjayakannya nih, hehehe.. aku rasa korang paham, manyak susah woh mau tekan ini nafsu.. wehehehe. Pada sesiapa yang nak memperlekehkan usaha haku,
    Frankly, my dear, I don't give a damn (zampeada, 2005).
    Aku takde hak nak tutup orang lain punya mulut, buang masa aku je.

Motivasi :

  • Aku cuba nak berubah, demi untuk mencapai segala planning jangka masa panjang aku dalam masa yang lebih singkat. Lagi 105 hari aku 27 tahun. Masa aku letak counter hari kat sebelah kiri blog ni, umur aku lagi 220 hari ke 27 tahun, pejam celik, sudah 115 hari berlalu, kejap je aku rasa tempoh masa 4 bulan tuh. Kita semua dapat rasakan, umur dunia semakin singkat. Umur kita apatah lagi. Allah dah tunjuk macam2 tanda, tanda kecik dah lama ada, tanda besar semakin banyak.. lagi mau main2 ka.. haiya..

Sumbangan :

  • Kajian ni takde sumbangan kepada badan ilmu. Kajian ini adalah untuk aku, pengalaman aku, pemerhatian aku, pengajaran buat aku.

Aku harap kajian ini dapat menghasilkan output (aku le tu..) yang baik. Amin..

Nota kaki berbau : Aku buat ni ikut petua Dato Dr Fadzilah Kamsah, (Rujuk posting 29/7/2005, petua menerobos sempadan diri no 4.), iaitu membentuk matlamat yang jelas. Tulis atas kertas (jaman skrg ni mana ada orang tulis atas kertas dah.. huhuhu..) blog.


carrotsusu at 8:56 AM

Layout * shadowmist