Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Monday, October 31, 2005

[Condition : Tertanya-tanya..]


Artikel yang dikupipes daripada email..


Bagaimana cara sunah Nabi dalam menyambut Aidilfitri?

Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-'Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.


carrotsusu at 8:58 AM

Wednesday, October 26, 2005

[Condition : sakit tekak.. apsal ha?..]

Aku ekceli takde idea nak masukkan hape dalam blog ni hari ni. Ye la.. perut lapo.. asyik ingat nak makan apa je petang nih. Apa yang pasti, aku kene masak kat rumah la. Duit sudah kurang.

Nak masukkan pasal tazkirah? cam tak menarik la, pasal sumenye bende yang berulang-ulang, pasal lailatulQadr, kelebihan2 bulan Ramadan, dan sebagainya.

Ok la, malam 2 atau 3 hari lepas aku mimpi. Cam lawak la mimpi aku nih. Entah macam mana aku berada dalam satu limosin.. panjang la limosin tuh. Aku duduk kat seat belakang sekali. Tetiba ada satu menteri ni masuk.. (nama di rahsiakan pasal tak pasal2 karang aku kene ISA). Borak ngan menteri tu.. borak pasal kenaikan harga minyak, pasal politik kotor, pasal isu rancangan TV realiti.. entahapehapentah.. macam2 lagi la. Macam sembang ngan memember lama je. Pastu tak pasal2 je die kasik RM 70, die suruh pegi servis kete. Tak paham haku.. lantak la..

Pastu aku kata kat dia : "apsal kasi RM70 je?.. kasi la aku modal, boleh la aku meniaga lembu ke, kambing ke, dragon fruit ke.. paling koman pun sume2 tu mau nak pakai dalam RM50,000".

Menteri tu cakap : "RM70 tu servis kete je, lepas tu ko kene pegi jumpa sorang lagi menteri. Menteri yang lagi satu ni boleh bagi modal"..

Pastu, dengan keter aku yang baru lepas servis, pegi la aku jumpa menteri lagi sorang tu. Dia pakai baju Melayu.. kira menteri Melayu la ni.. berborak la aku dengan die.. borak macam member lama jgak la.. borak pasal kehidupan lepas kawen, pasal KL selalu hujan lebat, pasal isu Bazaar di jalan masjid India.. macam2.. ngarut2 je..

Lepas tu dia kasi aku RM200, aku cakap mana cukup.. mana duit aku nak buat kandang lagi, nak beli anak lembu/kambing/dragon fruit lagi. Nak beli tanah lagi. Belum masuk baja, racun serangga dan sebagainya lagi la.. dia cakap plak..

"RM200 tu cukup la, yang belen2 tu ko pinjam la kat bank.. "

Pastu terus aku terjaga, bunyi alarm telepon.. 4.30am.. waktu bersahur.

Sapa2 yang pandai mentafsir mimpi tu, sila la tafsir ye.. kerjasama anda amat dialu-alukan.. wehehe :p

carrotsusu at 10:12 AM

Wednesday, October 19, 2005

[Condition : Bosannya..]

Alhamdulillah, hari ni dah 15 Ramadhan, bermakna dah 15 hari aku berpose.

Malam semalam solat terawih berjemaah kat surau Gugusan Dedap. Format terawih kat sini, solat terawihnya 8 rakaat, abih 8 rakaat ada tazkirah (dalam 40-45 min gitew..), pastu sambung plak dengan witir.

Tazkirah malam tadi cambest la, camenarik minat aku untuk kongsi sama2 dalam blog ini.

Tazkirah dibuat oleh bekas imam besar masjid negara, aku lupa nama die. Ada pelat2 kedah.. Pasal dia asal orang Baling katanya.

First sekali dia ulas pasal surah yang tuan imam baca masa terawih, iaitu surah Maryam. Dia cakap dalam byk2 surah dalam Al-Quran, surah Maryam adalah surah yang menguji kefasihan si pembacanya, sebab surah Maryam ada sedikit susah untuk membacanya. Dia cakap lagi, kalo nak latih kefasihan dalam baca Quran, baca surah Maryam bebanyak kali. Kalau fasih baca surah Maryam, surah2 lain tu dari segi kefasihan takde masalah besar la..

Lepas tu dia ulas sedikit sebanyak berkenaan ayat2 dalam surah Maryam. Secara summary nye surah Maryam menceritakan berkenaan dengan perit jerih seorang perempuan, Maryam, yang kuat beribadat dan suci, menahan hina cela kaumnya semasa sedang mengandungkan Nabi Isa tanpa berbapa. Dan semasa melahirkan anaknya dibawah sebatang pohon tamar, bertarung dengan nyawa SEORANG diri melahirkan anaknya Nabi Isa.

Terlalu susah.. Selepas berjaya melahirkan anak, tanpa makanan dan minuman, even kain pun takde untuk membalut badan Nabi Isa.. ayat ni nak tunjuk kat kita, apalah sangat kita ni. Umat akhir zaman ni terlalu lemah kalau nak dibandingkan dari umat yang terdahulu.

Lepas tu dalam ayat yang lain, dalam keadaan yang lapar dan dahaga tersebut, Allah perintahkan Maryam untuk goncang pokok Tamar untuk dapat makan buah tamar yang masak. Dapat kita lihat kat sini, walaupun dalam keadaan susah macam tu, Allah tetap suruh Maryam usaha jugak sket untuk dapatkan makanan.

Ustaz tanya kat jemaah, "Tuan2 sekalian ingat pohon tamar tu cemana? ada macam pokok betik ka?.."

Dia cakap lagi, "Pohon tamar tu dia.. (sambil depangkan tangan..), punya besaq, tuan2 ingat larat ke Siti Maryam dalam keadaan letih dan lesu tersebut nak pi goncang pohon tamar tersebut, hulk hogan pun kalau goncang, belum tentu bergerak lagi pohon tamar tu, menunjukkan betapa Allah nak jugak Maryam usaha untuk dapatkan makanan."

Habih kat situ pasal surah Maryam. Lepas tu dia teruskan tazkirah dengan ulasan hadis qudsi berkenaan dengan pengharaman sifat zalim. Contoh2 yang diberikan berkisar dengan isu semasa dunia hari ini. Berkenaan dengan kezaliman pemerintahan Bush terhadap Iraq. Dan tak sempat pun Bush berbangga-bangga dengan keuntungan yang dia dapat daripada penaklukan Iraq, Allah hantar kepada dia Katrina di New Orleans, dan kemudian Rita di Texas. Dan yang terbaru ni.. akan ada lagi di Florida dan Cuba. Kesemua kerugian bakal mencecah ratusan trilion dollar america.

Ustaz tu cakap, "Setelah semua ni berlaku, kita lihat di kaca TV, Bush cakap 'Tuhan tak adil..', hehehe.. adil sangat ke dia, saksama sangat ke dia, sampai boleh cakap tuhan tak adil.."

Setakat ni dulu. Aku ada keje nak kene buat.

carrotsusu at 10:01 AM

Friday, October 14, 2005

Your Seduction Style: Sweet Talker

Your seduction technique can be summed up with "charm"
You know that if you have the chance to talk to someone...
Well, you won't be talking for long! ;-)

You're great at telling potential lovers what they want to hear.
Partially, because you're a great reflective listener and good at complementing.
The other part of your formula? Focusing your conversation completely on the other person.

Your "sweet talking" ways have taken you far in romance - and in life.
You can finess your way through any difficult situation, with a smile on your face.
Speeding tickets, job interviews... bring it on! You truly live a *charmed life*

carrotsusu at 10:42 AM

Monday, October 10, 2005

[Condition : Kelaparan..]

Ramadhan datang lagi. Tahun lepas punya Ramadhan segar lagi dalam ingatan, Ramadhan tahun ni dah pun menjengah. Alhamdulillah.. Syukur..

Ramadhan tahun lepas aku doa, supaya dapat dipertemukan dengan Ramadhan tahun ni, supaya aku tak buat bende2 yang bodoh demi nak melepaskan geram di hati. Dan Alhamdulillah.. sedar tak sedar Allah makbulkan doa aku. Syukur.. aku hidup lagi.

Time aku tulih ni aku ada kat opis.. lunch hour. Sume dah terbongkang dengan aksi2 manja kat sofa depan. Mata aku je terbeliak takleh nak tido. Aku letak pale atas meja pun takleh nak tido jugak. Terlebih nikotin kot sahur tadi. Ye lah kot.. aku minum kopi O kaw pepagi buta tadi. Pastu masak burger, fries, ngan telor goreng.. tabur ngan sos cili, pastu makan guna sudu ngan garpu.. ala2 western gitew.. ehehehehe.. tak kesah la makan apa pun.. janji kenyang.

Berbuka?.. nak masak apa ek petang nih.. ikan kembung selar ada lebih kurang lagi 4 ekor. Sayur?.. hermm.. dalam peti ais ada kobis, cendawan, cili padi.. hermm.. nak buat apa ek?

Ikan tu nak suruh fifee masak kicap la petang nih.. sayur tu aku ingat nak goreng je la.

Kuah?
Tu.. masak kicap tu.. makan la kuah masak kicap tuh. Best hape fifee masak.

Kurma ada lagi tak?
Ada.. dalam 10 bijik lagi.. buleh la 2 orang makan.

Sambal? nak buat tak?
Herm.. semalam baru je buang sambal tempoyak yang aku buat seminggu lepas.. buat byk pun tak guna.. aku sorang je yang menketedarah sambal.. tak pe la.. aku kunyah cili padi je la buat ulam.

Air?
Hermmmm.. 2 hari lepas dah minum air beli kat pasar Ramadhan, kira hari ni buat sendiri la air. Teh O ais pun layan gak kan?.

Apa la mak ngan Abah buat buka kat rumah tu ye. Kalo aku ada kat rumah beria diorang masak yang sedap2.. bila aku kat sini tah ape la yang diorang makan. Hope diorang buat hape pun diorang tetap happy, tak kisah la aku depressed kat sini, jgn diorang depressed kat sana. Aku doakan diorang happy sentiasa.. melayan kerenah anak2 buah aku yang semakin cemerlang, gemilang, dan terbilang lasaknye ituuuuu..

Ramadhan 2 tahun lepas aku selalu bukak pose ngan arip (masa tu kat UUM lagi), Ramadhan tahun lepas aku bukak sorang2 kat rumah (kat UPSI, RA), dan Ramadhan tahun ni aku bukak pose ngan hosmet atau awek (Keje, KL). Tahun depan cemana plak ye? bukak la nak bukak cemana pun.. jgn bukak seluar ditgh orang ramai sudah.. haru..

Terawih?
Alhamdulillah.. hope boleh penuh sampai ke hujung Ramadhan.

Al-Quran?
Alhamdulillah.. dalam usaha untuk mengejar pencapaian cik admin kesayanganku. Laju betul die baca. Bagus2..

Apa2 hal pun.. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan untuk semua yang membaca blog picisan aku nih, segala pandangan dan komen korang selama nih aku dahulukan dengan ucapan.. "terima kasih.. duit raya takde ke?.. " ehehehehehehe.. aku dah start ngarut.. tak elok ngarut di bulan Ramadhan ni.. chow..

PS : Pukul 2 dah??? alaaaaaaaa... tak sempat nak landing pun.. ish.. ngantuk la plak..

carrotsusu at 1:11 PM

Monday, October 03, 2005

[Condition : Terpikir-pikir..]

Cemane ek?

Aku nak kawen, aku nak habihkan belajo, aku nak beli rumah, aku nak bina keluarga sendiri. Sume tu memerlukan duit yg byk dalam masa yang singkat.

Dapat duit yang byk dalam masa yang singkat adalah impian sume orang. Bahkan ia digolongkan sebagai penyakit orang MELAYU oleh Dato' Fadzilah Kamsah, dan bijak pandai yang lain. Kata Dato' Fadzilah Kamsah, takde jalan senang nak senang.

Tapi..

Apa yg mustahil kat dunia ni? mesti ada jalan punya la.. persoalannya :

Cemana nak dapat duit yg byk dalam masa yang singkat menggunakan cara yang halal lagi bersih, bersih lagi menyucikan? Effort sebanyak mana yang patut ditaruk untuk dapat duit yang banyak dalam masa yang singkat?

Itu hari ada sahabat ajak bisnes. Die dah bentangkan bisnes plan depan aku dan aku agak berminat. Sebelum ni aku ada menyertai satu round table dialog DPMM (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia), berkisar ttg isu bisnes ICT Malaysia. Mmg bagus dialog ni, naik semangat aku nak meniaga.. (Jumpa En Helmi masa ni, die jadi wakil MMU. Die kim salam kat XMLer's)

Tapi boleh ke dapat duit dalam masa yg singkat?

Kawan baik aku ada ajak masuk rancangan realiti TV yang menawarkan hadiah lumayan.. semata-mata nak dapat duit dalam masa yang singkat. Sume die ajak, Akedemi Fantasia dia ajak masuk, Malaysian Idol die ajak masuk, Explorace die ajak aku masuk.. Mencari Cinta je die tak ajak aku masuk.. (pasal tak dapat duit kot.. dapat pompuan). Kalo aku masuk AF mesti aku dah ke peringkat akhir bersama Mawi.. mesti fight giler punya.. ahahahahahahaha :p (masuk bakul buang dalam tong sampah)..

Berbaloi ke dapat duit cara ni? mesti rasa tak brape best punya..

Hermmmm.. pikir dan terus pikir..

PS :
  • Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam. Besyukur sebab dapat jumpa Ramadhan tahun ni, dan berdoalah untuk jumpa Ramadhan tahun depan. InsyaAllah.
  • Siapa ada akaun email 30Gigs.com, mintak tolong invite aku ye. Nak jugak merasa 30Gig punya email..

carrotsusu at 2:32 PM

Layout * shadowmist