![]() | |
Profile ![]()
NetNick : carrotsusu Archives 10/01/2004 - 11/01/2004 11/01/2004 - 12/01/2004 12/01/2004 - 01/01/2005 01/01/2005 - 02/01/2005 02/01/2005 - 03/01/2005 03/01/2005 - 04/01/2005 04/01/2005 - 05/01/2005 05/01/2005 - 06/01/2005 06/01/2005 - 07/01/2005 07/01/2005 - 08/01/2005 08/01/2005 - 09/01/2005 09/01/2005 - 10/01/2005 10/01/2005 - 11/01/2005 11/01/2005 - 12/01/2005 01/01/2006 - 02/01/2006 02/01/2006 - 03/01/2006 05/01/2006 - 06/01/2006 06/01/2006 - 07/01/2006 12/01/2006 - 01/01/2007 02/01/2007 - 03/01/2007 08/01/2007 - 09/01/2007 09/01/2007 - 10/01/2007 10/01/2007 - 11/01/2007 12/01/2007 - 01/01/2008 02/01/2008 - 03/01/2008 03/01/2008 - 04/01/2008 04/01/2008 - 05/01/2008 06/01/2008 - 07/01/2008 08/01/2008 - 09/01/2008 09/01/2008 - 10/01/2008 10/01/2008 - 11/01/2008 12/01/2008 - 01/01/2009 Carian Google Links 2advanced.com yugop.com UPSI / UUM Animesuki Naruto info Torrentreactor.net downloadanime.org mirkx.com Anime Skies ISO Linux OS news fairytalesshoppe
Tagboard
Kawan2 blogger winterwish | d.a.l.e bublewarp | zampeada buha | apairudin sayang | nonoi | mala umi-harris-ayah GG | FTS
Virusometer Lawatan kawan2 tengah melawat. Credits Engine by Blogger Edited by carrotsusu Shoutbox by Shoutmix Helps/Idea from kawan2 BDN ![]() ![]() Quotes |
Wednesday, October 19, 2005 [Condition : Bosannya..] Alhamdulillah, hari ni dah 15 Ramadhan, bermakna dah 15 hari aku berpose. Malam semalam solat terawih berjemaah kat surau Gugusan Dedap. Format terawih kat sini, solat terawihnya 8 rakaat, abih 8 rakaat ada tazkirah (dalam 40-45 min gitew..), pastu sambung plak dengan witir. Tazkirah malam tadi cambest la, camenarik minat aku untuk kongsi sama2 dalam blog ini. Tazkirah dibuat oleh bekas imam besar masjid negara, aku lupa nama die. Ada pelat2 kedah.. Pasal dia asal orang Baling katanya. First sekali dia ulas pasal surah yang tuan imam baca masa terawih, iaitu surah Maryam. Dia cakap dalam byk2 surah dalam Al-Quran, surah Maryam adalah surah yang menguji kefasihan si pembacanya, sebab surah Maryam ada sedikit susah untuk membacanya. Dia cakap lagi, kalo nak latih kefasihan dalam baca Quran, baca surah Maryam bebanyak kali. Kalau fasih baca surah Maryam, surah2 lain tu dari segi kefasihan takde masalah besar la.. Lepas tu dia ulas sedikit sebanyak berkenaan ayat2 dalam surah Maryam. Secara summary nye surah Maryam menceritakan berkenaan dengan perit jerih seorang perempuan, Maryam, yang kuat beribadat dan suci, menahan hina cela kaumnya semasa sedang mengandungkan Nabi Isa tanpa berbapa. Dan semasa melahirkan anaknya dibawah sebatang pohon tamar, bertarung dengan nyawa SEORANG diri melahirkan anaknya Nabi Isa. Terlalu susah.. Selepas berjaya melahirkan anak, tanpa makanan dan minuman, even kain pun takde untuk membalut badan Nabi Isa.. ayat ni nak tunjuk kat kita, apalah sangat kita ni. Umat akhir zaman ni terlalu lemah kalau nak dibandingkan dari umat yang terdahulu. Lepas tu dalam ayat yang lain, dalam keadaan yang lapar dan dahaga tersebut, Allah perintahkan Maryam untuk goncang pokok Tamar untuk dapat makan buah tamar yang masak. Dapat kita lihat kat sini, walaupun dalam keadaan susah macam tu, Allah tetap suruh Maryam usaha jugak sket untuk dapatkan makanan. Ustaz tanya kat jemaah, "Tuan2 sekalian ingat pohon tamar tu cemana? ada macam pokok betik ka?.." Dia cakap lagi, "Pohon tamar tu dia.. (sambil depangkan tangan..), punya besaq, tuan2 ingat larat ke Siti Maryam dalam keadaan letih dan lesu tersebut nak pi goncang pohon tamar tersebut, hulk hogan pun kalau goncang, belum tentu bergerak lagi pohon tamar tu, menunjukkan betapa Allah nak jugak Maryam usaha untuk dapatkan makanan." Habih kat situ pasal surah Maryam. Lepas tu dia teruskan tazkirah dengan ulasan hadis qudsi berkenaan dengan pengharaman sifat zalim. Contoh2 yang diberikan berkisar dengan isu semasa dunia hari ini. Berkenaan dengan kezaliman pemerintahan Bush terhadap Iraq. Dan tak sempat pun Bush berbangga-bangga dengan keuntungan yang dia dapat daripada penaklukan Iraq, Allah hantar kepada dia Katrina di New Orleans, dan kemudian Rita di Texas. Dan yang terbaru ni.. akan ada lagi di Florida dan Cuba. Kesemua kerugian bakal mencecah ratusan trilion dollar america. Ustaz tu cakap, "Setelah semua ni berlaku, kita lihat di kaca TV, Bush cakap 'Tuhan tak adil..', hehehe.. adil sangat ke dia, saksama sangat ke dia, sampai boleh cakap tuhan tak adil.." Setakat ni dulu. Aku ada keje nak kene buat. |
Layout * shadowmist |