Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Monday, September 22, 2008

kawan tanya : "16 Sept.. jadi ke?..",
aku jawab : "tak kesah pun, sama je.."
kawan tanya : "mana bole tak kesah, tu masa depan negara tu.."
aku jawab : "sama je.. sape2 memerintah, sama je.."

Kawan, aku jawab bukan jawab kosong, aku jawab ada isi.

Dengan konsep politik yang diguna pakai skrg, bagi aku siapa pun yang memerintah, natijah nye sama, takkan ada adil nye Malaysia kalo berkeadilan, atau takkan menang nye Melayu kalo berbarisan, atau takkan Islam nye Malaysia kalau ber"pas"an. Sama. Semua sama. Selagi konsep perjuangan tidak mula diubah.

Kesemua politikus meletakkan asas2 nasionalis dalam perjuangan mereka. Nasionalisme "merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya" (Wikipedia).

Ada banyak perjenisan nasionalis, Nasionalisme sivik, Nasionalisme etnik, Nasionalisme romantik (ada jugak?..), Nasionalisme Budaya, Nasionalisme kenegerian, dan Nasionalisme keagamaan. Boleh baca sendiri di Wikipedia. Kesemua, kesemua parti politik di Malaysia berpaksikan kepada konsep ini. Dan sesiapa pun memegang Malaysia akan menggunakan metod “demokrasi berparlimen”..

Kenapa demokrasi?, kenapa nasionalisme? Pada zaman pemerintahan Rasulullah dulu pun, takde konsep ini, Islam masih boleh tersebar ke 2/3 dari dunia, di mana 1/3 lagi ialah laut dan kawasan yang tiada penduduk. Negara “ummah” yang diwujudkan mampu menerbitkan byk ketamadunan yang hebat pada kawasan2 yang berbeza.

Rasulullah mampu memenangkan Islam pada jarak waktu 23 tahun, tanpa ada teknologi kereta, h/p, dan Internet. Dan ekspansi Islam pada waktu2 selepas itu begitu pesat dan mampu bertahan lama. Kenapa PAS yang telah berjuang untuk meng”Islam”kan Malaysia masih lagi gagal setelah mencuba semenjak awal kemerdekaan Malaysia lagi. Kenapa? Di mana kelemahannya?.

Adil? Seadil mana boleh pergi?, perjuangan yang nampak hanyalah sebagai wadah untuk menjatuhkan kerajaan memerintah. Berpaksikan nasionalisme sivik yang ingin menampakkan rakyatlah yang sebenar-benar nya berkuasa untuk memerintah negara. Lebih2 lagi perjuangan ini wujud setelah seorang daripada pimpinan di aniaya, justeru, membangkitkan rasa ingin balas dendam kepada pimpinan parti lain yang menjatuhkannya. Mahukan keadilan? Atau mahu balas dendam? Atau mahu memenangkan Islam?

Daripada Wikipedia : Islam menentang Nasionalisme, Tribalisme (Perbezaan kaum), Rasisme, atau sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakan keharmonian masyarakat Islam atau ummah. Penduduk Islam diseluruh dunia tidak kira bangsa, warna dan keturunan bersolat dikiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih yang sama. Perkataan ummah selalu disalah terjemahkan kedalam bahasa Inggeris sebagai negara (nation) (berlainan dengan gerakan "Nation of Islam" dan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan ditolak olek kebanyakan orang Islam).

Jadi sekuat mana barisan? Selagi mana tidak diletakkan dalam hala tuju yang sama, pada iman yang sama.. selagi itu lah kemenangan takkan tercapai 100%. Sekiranya perjuangan di paksi kan kepada nasionalisma etnik, Malaysia takkan lama lagi sebelum menuju kehancuran.

Kembali lah saudara-saudara ku, sahabat-sahabat sekalian, pimpinan-pimpinan yang dihormati. Kembali lah sebenar-benarnya kepada kitabullah dan sunnah-sunnah nabi sebelum ini. Pilihlah pemimpin berdasarkan kepada Iman dan Taqwa yg sebenar, bukan atas dasar cakap2, gebang2, ceramah2 malam sahaja.

Ini cumalah sekadar penjelasan, penjelasan kepada soalan seorang kawan..


carrotsusu at 12:04 PM

Friday, September 19, 2008

[Condition : Ala2 pening sket..]

Umi suh buat blog yg cantik, dah lama dah, tapi aku cam.. cam malas..

Aku dah start memblogkan diri dari tahun 2004. First blog, blog main2.. "Securing Knowledge" yg aku buat untuk masukkan segala notes berkenaan dengan C programming. Sampai je kat tajuk pointer, aku boring, tinggal cemtu je.. blog at http://carrotsusu.blogspot.com/

2nd blog aku buat untuk En Azmi, Supervisor masa buat RA kat UPSI. Buat ala2 simple je, dan die masukkan content berkenaan dengan projek dragon fruit yang die running kat Jelebu. Ladang nye dgr citer dah semakin luas.. tapi blog nye still entry 3 tahun lepas.. hehehehe :p

Pastu, lepas tgk blog orang lain sume cantik2 belake. Aku pun nak cantek jgak. Surf la merata2 cari background, pastu jumpe la background yg di buat oleh shadowmist, tajuk nye aku lupe.. Aku edit banner kat atas sekali gune photoshop "Black & White : Drama of Life", pastu tambah HeloScan, tambah ShoutBox, tambah RSS feed (pastu buang balik), tambah virus alert (Panda), macam2 la aku tambah. Tambah, buang, tambah, buang, tambah, buang, tambah... lama2 aku dah ala2 boring.

Start keje kat Sy*b*s aku dah takde masa + malas + boring dah nak memblogkan diri. Dari awal 2006 sampai la awal 2008 entry blog aku boleh kire dengan jari tangan sahaja, tak masuk jari kaki pun. Still dengan blog yg sama http://carrotsusu2.blogspot.com/

Member2 lain sume dah nampak memajukan diri dengan "pindah" ke rumah (blog) yang baru, yang cantik. Aku bab2 nak mencantikkan blog ni kurang sket la.. sebabnye aku cepat boring, takleh buat satu2 keje lama2. Standard aku (sbb dah di train oleh En Suh agaknye) untuk keje mesti cepat dan bermutu, takleh buat sorang, panggil ramai2. Agih tugas. Cepat dan bermutu.

Tapi untuk kes skrg nih, sape nak tolong, buat2 blog nih..

Ok la Umi, Ayah try la godek2 balik wordpress ke hape ke.. pastu kita beli hosting baru, bayar la 100 ke setahun, pakai yang ni baru ada kebebasan nak buat ape pun. Takde la restrict sgt dengan rules blogspot.

Pastu Umi jawab : "hemmmmmmph.. dari tahun lepas dah dengar abg cakap cemtu.." (sambil berlenggang kangkung masuk bilik untuk tido).

So.. Umi tggu la tahun depan plak ye maybe baru siap "rumah" blog baru tuh.. hehehehe :P

Pastu takyah la nak tag2 ayah ni umi oii.. malas nye la ayah nak menjawab kat sini, takpe la nak tag - tag la.. tapi ayah jawab pakai mulut je la ye.. kat rumah.. hehehehehe :p

Thursday, September 11, 2008

[Condition : Kalo lari mati.. jika belot maut..]

Hadiah dah dapat dah dari Umi.. thanks sayang..

White Musk.. from bodyshop.. Euu de toiletteeee..

Euu de toiletteeeeeee pun tahan jgak bau nye.. bole la sampai petang pas lunch tu ada lagi bau die..

Smalam jumpa arip. Makan buke puasa kat Palace Beach and Spa, Mines. Bole la, sempat jgak borak panjang dgn die. Cuma terkilan sket, Hafis takde.. die still kat UUM lagi.. buat RA. Kalo bole ingat nak bertiga la dgn hafis skali, apekan daya, die byk keje. Beso jgak projek coding yang die handle skrg nih.. kalo aku kene buat mau makan 2 tahun baru siap tuh.. hehehehe :p

Keje makin lama makin menekan. Nak test ACL dekat block 4 old HELP 2. Network planning for office at Wisma Go****ll. Forecast ICT plan for 2009, + 21 month from now. Proposal for lab door security. Minggu ni aku cuma dapat setelkan satu.. ICT SOP + Policy. Semalam baru siap, dan hari ini, aku mereward diri aku dengan tdo kat ofis dari pukul 11 pagi sampai kol 2.30 ptg. Tahniah!! dan 2.30 ptg aku jaga tu pun aku tak buat ape.. aku tulih blog!! Tahniah!!.

Ahhh.. sukati aku je.. boss takde.. ahahahahahaha :P

Thursday, September 04, 2008

[Condition : Buhsan gile.. takde ide nak buat keje..]

Buhsan tahap cimpanzi..

Ngantuk satu hal lagi..

Hish..

Sebelum jadi nagaikan koi renang renang
kura-kura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Alhamdulillah.. satu dah tercapai tinggal lagi dua untuk tahun nih.. satu yang dah tercapai tu, harap-harap nye, takde la tinggi yuran tertunggak nye. Kalau la tinggi, mana lagi hendak ku selukkan. Bisnes ala2 masyuk tak masyuk. Documentation.. documentation.. capet.. bile ko nak anto.. aaaaaaaa.. documentation tak anto invois takleh kuar.. aaaaaaa..

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

CCNA.. CISSP.. abes yg ni nak try yg ni plak, kalo ada rejeki aaa.. CEH (Certified Ethical Hacker), takpun PPT (Professional Penetration Tester) - kalo tak silap aku la. Boleh keje pening2 pale buat penetration testing untuk organization kat Malaysia. Macam takde orang buat je lagi.. macam best je nak cuba.. kan.. kan.. kan..

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Boleh ke?.. anto surat layang nak menjatuh kan orang? ape hukumnya?.. meskipun ape yang orang tu buat sebenarnye tak salah di sisi Islam, cuma salah kerana melanggar kontrak dunia? kontrak kerja?.. hukumnya?.. Kesian.. kesian.. Sgt bodoh la orang yang menghantar surat layang itu.. bukan orang.. tapi mereka.. Sgt bodoh la mereka yang menghantar surat layang itu.. Bodohnye mereka.. opppss.. puasa. Puasa takleh marah orang lebih2. Puasa takleh emosional.

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Tgh tunggu hadiah lagi nih. Tak dapat lagi hadiah nih. Diam je... ehehehehehe :p

Bait2 lagu sekadar selingan, yg paham akan memahami..

Layout * shadowmist