kawan tanya : "16 Sept.. jadi ke?..",
aku jawab : "tak kesah pun, sama je.."
kawan tanya : "mana bole tak kesah, tu masa depan negara tu.."
aku jawab : "sama je.. sape2 memerintah, sama je.."
Kawan, aku jawab bukan jawab kosong, aku jawab ada isi.
Dengan konsep politik yang diguna pakai skrg, bagi aku siapa pun yang memerintah, natijah nye sama, takkan ada adil nye Malaysia kalo berkeadilan, atau takkan menang nye Melayu kalo berbarisan, atau takkan Islam nye Malaysia kalau ber"pas"an. Sama. Semua sama. Selagi konsep perjuangan tidak mula diubah.
Kesemua politikus meletakkan asas2 nasionalis dalam perjuangan mereka. Nasionalisme "merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya" (Wikipedia).
Ada banyak perjenisan nasionalis, Nasionalisme sivik, Nasionalisme etnik, Nasionalisme romantik (ada jugak?..), Nasionalisme Budaya, Nasionalisme kenegerian, dan Nasionalisme keagamaan. Boleh baca sendiri di Wikipedia. Kesemua, kesemua parti politik di Malaysia berpaksikan kepada konsep ini. Dan sesiapa pun memegang Malaysia akan menggunakan metod “demokrasi berparlimen”..
Kenapa demokrasi?, kenapa nasionalisme? Pada zaman pemerintahan Rasulullah dulu pun, takde konsep ini, Islam masih boleh tersebar ke 2/3 dari dunia, di mana 1/3 lagi ialah laut dan kawasan yang tiada penduduk. Negara “ummah” yang diwujudkan mampu menerbitkan byk ketamadunan yang hebat pada kawasan2 yang berbeza.
Rasulullah mampu memenangkan Islam pada jarak waktu 23 tahun, tanpa ada teknologi kereta, h/p, dan Internet. Dan ekspansi Islam pada waktu2 selepas itu begitu pesat dan mampu bertahan lama. Kenapa PAS yang telah berjuang untuk meng”Islam”kan Malaysia masih lagi gagal setelah mencuba semenjak awal kemerdekaan Malaysia lagi. Kenapa? Di mana kelemahannya?.
Adil? Seadil mana boleh pergi?, perjuangan yang nampak hanyalah sebagai wadah untuk menjatuhkan kerajaan memerintah. Berpaksikan nasionalisme sivik yang ingin menampakkan rakyatlah yang sebenar-benar nya berkuasa untuk memerintah negara. Lebih2 lagi perjuangan ini wujud setelah seorang daripada pimpinan di aniaya, justeru, membangkitkan rasa ingin balas dendam kepada pimpinan parti lain yang menjatuhkannya. Mahukan keadilan? Atau mahu balas dendam? Atau mahu memenangkan Islam?
Daripada Wikipedia : Islam menentang Nasionalisme, Tribalisme (Perbezaan kaum), Rasisme, atau sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakan keharmonian masyarakat Islam atau ummah. Penduduk Islam diseluruh dunia tidak kira bangsa, warna dan keturunan bersolat dikiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih yang sama. Perkataan ummah selalu disalah terjemahkan kedalam bahasa Inggeris sebagai negara (nation) (berlainan dengan gerakan "Nation of Islam" dan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan ditolak olek kebanyakan orang Islam).
Jadi sekuat mana barisan? Selagi mana tidak diletakkan dalam hala tuju yang sama, pada iman yang sama.. selagi itu lah kemenangan takkan tercapai 100%. Sekiranya perjuangan di paksi kan kepada nasionalisma etnik, Malaysia takkan lama lagi sebelum menuju kehancuran.
Kembali lah saudara-saudara ku, sahabat-sahabat sekalian, pimpinan-pimpinan yang dihormati. Kembali lah sebenar-benarnya kepada kitabullah dan sunnah-sunnah nabi sebelum ini. Pilihlah pemimpin berdasarkan kepada Iman dan Taqwa yg sebenar, bukan atas dasar cakap2, gebang2, ceramah2 malam sahaja.
Ini cumalah sekadar penjelasan, penjelasan kepada soalan seorang kawan..