Profile

NetNick : carrotsusu
Birthday : 12/11/78
Status : Married
Mail : laicibuah@gmail.com

Archives

09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
11/01/2004 - 12/01/2004
12/01/2004 - 01/01/2005
01/01/2005 - 02/01/2005
02/01/2005 - 03/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
06/01/2005 - 07/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
11/01/2005 - 12/01/2005
01/01/2006 - 02/01/2006
02/01/2006 - 03/01/2006
05/01/2006 - 06/01/2006
06/01/2006 - 07/01/2006
12/01/2006 - 01/01/2007
02/01/2007 - 03/01/2007
08/01/2007 - 09/01/2007
09/01/2007 - 10/01/2007
10/01/2007 - 11/01/2007
12/01/2007 - 01/01/2008
02/01/2008 - 03/01/2008
03/01/2008 - 04/01/2008
04/01/2008 - 05/01/2008
06/01/2008 - 07/01/2008
08/01/2008 - 09/01/2008
09/01/2008 - 10/01/2008
10/01/2008 - 11/01/2008
12/01/2008 - 01/01/2009

Carian Google

Google

Links

Bincang.net
2advanced.com
yugop.com
UPSI / UUM
Animesuki
Naruto info
Torrentreactor.net
downloadanime.org
mirkx.com
Anime Skies
ISO Linux
OS news
fairytalesshoppe

Tagboard

Rakam jeritan anda di sini :

Kawan2 blogger

eriyzaqistina | fazira
winterwish | d.a.l.e
bublewarp | zampeada
buha | apairudin
sayang | nonoi | mala
umi-harris-ayah
GG | FTS

Virusometer

Lawatan

kali dilawati.
kawan2 tengah melawat.

Credits

Design by Shadowmist
Engine by Blogger
Edited by carrotsusu
Shoutbox by Shoutmix
Helps/Idea from kawan2 BDN

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com



Get Firefox!

Quotes


:: Love is not a word to say when we feel guilty or the right word to say when we like a person, but love really matters when we share thoughts, our mind and our hearts ::


Monday, December 01, 2008

[Condition : Baru berpindah ke rumah baru...]

Salam,

Saya telah berpindah ke rumah baru di http://www.intuitive-interpreter.net. Saya sangat malas nak mengimport semua posting2 saya di dalam blogger sebelum ini masuk ke blog baru, sebab ia mengambil masa yang sangat lama dan membosankan. Jadi saya berpindah ke rumah baru yang sudah fully furnish.. hehehe :p

Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 21, 2008

[Condition : hangat2 suam..]

Di suatu open house yang hujan lebat..

(Lepas makan, isap2 rokok kat luar rumah)

Kawan : Amacam Dy, ok tpt keje ko skrg?
Aku : Ok la.. alhamdulillah..
Kawan : Dengar cite gaji ko ok skrg?..
Aku : Boleh la..
Kawan : Uish.. byk la tuh..
Aku : Sederhana je.. skrg kat M'sia ni bwh 10k golongan miskin, 10k sampai 25k sederhana, above 25k baru kaya..
Kawan : Cukup tak gaji ko tuh?
Aku : Bagi aku still dalam golongan miskin lagi..
Kawan : Ales.. ko ni tak bersyukur ke? aku gaji kecik pun dah bersyukur dah..
Aku : Err.. (Masih ada jawapan sebenarnye, tapi malas nak jawab, takut luka hati kawan..)

Bersyukur. Adakah aku tak bersyukur? kenapa aku tak dianggap bersyukur oleh kawan?

Sebab aku masih lagi mengejar peluang. Sebab aku rasa dengan capability yang aku ada, aku masih mampu pergi lagi jauh. Sebab aku rasa marah dengan penguasaan ekonomi kap alip pa ya ro kat Malaysia nih. Atau sebab konsep syukur yang aku pegang?

Syukur.. adakah bila kita cakap kita bersyukur dengan apa yang ada, bermakna kita tak payah strugle cari dan cari dan cari lagi peluang untuk memajukan hidup dari segi metarial? Kalau itu konsep syukur yang orang Islam, no wonder orang Islam di Malaysia mundur dari segi ekonomi. Orang Islam di Malaysia suka sangat duduk dalam 'comfort zone'. Selesa, tak de ape yang nak dikejarkan.

Dari surah 16 ayat 78 :- " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu (dalam keadaan) kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"

Ayat ini mengajar bagaimana cara bersyukur yang sebenar. Cara bersyukur sangat senang, dengar segala yang diperintahkanNya dan yang di tegahNya, guna penglihatan untuk melihat segala kebesaranNya, dan guna hati sebagai pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Itu saja. Tak perlu hantar pisang ke masjid, tak perlu buat kenduri kesyukuran. Lagi pun untuk apa? Kita berterima kasih kepada Allah, bukan kepada makhluk.

Aku bersyukur dikurnia Allah isteri dan anak yang comel, tapi tak bermaksud aku tak nak tambah anak lagi (anak saje ye, isteri sorang je). Aku bersyukur dikurnia Allah ijazah sarjana, tapi tak bermaksud aku berhenti setakat sarjana. Aku bersyukur dikurnia Allah kerja yang bagus, tapi tak bermakna aku akan terus stay kat sini sampai ke tua. Aku bersyukur dikurnia Allah masa walaupun sibuk dengan kerja yang sedia ada, aku masih boleh buat kerja sampingan. Aku bersyukur dikurnia Allah dengan byknya peluang mendatang, tak bermakna peluang2 yang datang selepas ni boleh aku lepaskan begitu saja.

Cuma penjelasan kepada seorang kawan, disebalik kegugupan aku atas serangan soalannya berkonsepkan "syukur". Ku lepaskan semua di dalam blog.


Gambar latest Harris Zikri yang di snap oleh auntie nonoi nye, melawat blog auntie nye baru la dapat tgk gambo nih.. budak kecik yang comel lagi menggeramkan..

Untuk baju dan aksesori wanita, sila layari http://fairytalesshoppe.blogspot.com/

carrotsusu at 12:34 PM

Monday, September 22, 2008

kawan tanya : "16 Sept.. jadi ke?..",
aku jawab : "tak kesah pun, sama je.."
kawan tanya : "mana bole tak kesah, tu masa depan negara tu.."
aku jawab : "sama je.. sape2 memerintah, sama je.."

Kawan, aku jawab bukan jawab kosong, aku jawab ada isi.

Dengan konsep politik yang diguna pakai skrg, bagi aku siapa pun yang memerintah, natijah nye sama, takkan ada adil nye Malaysia kalo berkeadilan, atau takkan menang nye Melayu kalo berbarisan, atau takkan Islam nye Malaysia kalau ber"pas"an. Sama. Semua sama. Selagi konsep perjuangan tidak mula diubah.

Kesemua politikus meletakkan asas2 nasionalis dalam perjuangan mereka. Nasionalisme "merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya" (Wikipedia).

Ada banyak perjenisan nasionalis, Nasionalisme sivik, Nasionalisme etnik, Nasionalisme romantik (ada jugak?..), Nasionalisme Budaya, Nasionalisme kenegerian, dan Nasionalisme keagamaan. Boleh baca sendiri di Wikipedia. Kesemua, kesemua parti politik di Malaysia berpaksikan kepada konsep ini. Dan sesiapa pun memegang Malaysia akan menggunakan metod “demokrasi berparlimen”..

Kenapa demokrasi?, kenapa nasionalisme? Pada zaman pemerintahan Rasulullah dulu pun, takde konsep ini, Islam masih boleh tersebar ke 2/3 dari dunia, di mana 1/3 lagi ialah laut dan kawasan yang tiada penduduk. Negara “ummah” yang diwujudkan mampu menerbitkan byk ketamadunan yang hebat pada kawasan2 yang berbeza.

Rasulullah mampu memenangkan Islam pada jarak waktu 23 tahun, tanpa ada teknologi kereta, h/p, dan Internet. Dan ekspansi Islam pada waktu2 selepas itu begitu pesat dan mampu bertahan lama. Kenapa PAS yang telah berjuang untuk meng”Islam”kan Malaysia masih lagi gagal setelah mencuba semenjak awal kemerdekaan Malaysia lagi. Kenapa? Di mana kelemahannya?.

Adil? Seadil mana boleh pergi?, perjuangan yang nampak hanyalah sebagai wadah untuk menjatuhkan kerajaan memerintah. Berpaksikan nasionalisme sivik yang ingin menampakkan rakyatlah yang sebenar-benar nya berkuasa untuk memerintah negara. Lebih2 lagi perjuangan ini wujud setelah seorang daripada pimpinan di aniaya, justeru, membangkitkan rasa ingin balas dendam kepada pimpinan parti lain yang menjatuhkannya. Mahukan keadilan? Atau mahu balas dendam? Atau mahu memenangkan Islam?

Daripada Wikipedia : Islam menentang Nasionalisme, Tribalisme (Perbezaan kaum), Rasisme, atau sebarang bentuk diskriminasi manusia yang tidak berdasarkan kepada kepercayaan seseorang itu. Islam menggalakan keharmonian masyarakat Islam atau ummah. Penduduk Islam diseluruh dunia tidak kira bangsa, warna dan keturunan bersolat dikiblat yang sama, berpuasa pada bulan Ramadan yang sama serta menunaikan haji di Kaabah yang sama. Malah sewaktu menunaikan haji atau umrah, semua orang wajib memakai kain ihram putih yang sama. Perkataan ummah selalu disalah terjemahkan kedalam bahasa Inggeris sebagai negara (nation) (berlainan dengan gerakan "Nation of Islam" dan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan ditolak olek kebanyakan orang Islam).

Jadi sekuat mana barisan? Selagi mana tidak diletakkan dalam hala tuju yang sama, pada iman yang sama.. selagi itu lah kemenangan takkan tercapai 100%. Sekiranya perjuangan di paksi kan kepada nasionalisma etnik, Malaysia takkan lama lagi sebelum menuju kehancuran.

Kembali lah saudara-saudara ku, sahabat-sahabat sekalian, pimpinan-pimpinan yang dihormati. Kembali lah sebenar-benarnya kepada kitabullah dan sunnah-sunnah nabi sebelum ini. Pilihlah pemimpin berdasarkan kepada Iman dan Taqwa yg sebenar, bukan atas dasar cakap2, gebang2, ceramah2 malam sahaja.

Ini cumalah sekadar penjelasan, penjelasan kepada soalan seorang kawan..


carrotsusu at 12:04 PM

Layout * shadowmist